Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Tudung

  • Friday, February 28, 2014
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , , , , ,
  • Assalamualaikum wbt...Salam Sejahtera...





    Dunia sekarang nih memang dunia yang serba serbi busy..semuanya nak ringkas + cepat je…haha sofia tak sure untuk orang lain macam mana..tapi dunia sofia sendiri lah, sofia memang sangat banyak yang tak sempat terutama bila kena pada hari bekerja nih dengan keadaan yang macam sekarang…perghhh sofia rasa masa sofia macam paras-paras hidung je nih

    Sekarang nih, working life sofia banyak di habiskan di pejabat..meal yang sofia amik setiap hari pun di luar rumah..dari breakfast sampai lah ke dinner..kalau lah dinner kat rumah pun..sofia selalunya delivery hahahaha… kadang-kadang terlampau penat memang tak mampu nak fikir nak masak apa..so, tengok menu apa yang ada..sofia akan order je by call..dekat area tempat tinggal sofia memang ada perkhidmatan food runner…sangaaaattttt senang kannnn…hahaha isi perut sorang je pun…so tak banyak hal la..

    So, tuh lah general nya life sofia sekarang..dalam membeli pun..sofia memang prefer kepada pembelian online…haha..dengan hujung jari sahaja, segalanya akan jadi, taadaaaa….SIAP! haaa sofia memang suka benda-benda yang taaadaaaa SIAP dah..tanpa perlu sofia bersusah-payah ke sana sini.

    Beli barang dapur sekali pun, sofia online yer…hahaha dan hasil nya serious sofia puas hati even sofia pilih hanya melalui screen sahaja…

    Kalau dah barang dapur sofia boleh beli online..apa tah lagi dari segi pakaian..dari hujung rambut sampai ke hujung kaki…tudung, baju, seluar dan kasut..sofia rasa ramai dah tahu dan ramai juga pengguna online sekarang ni..

    Sofia adalah seorang yang bertudung..jadi, tudung adalah perkara penting untuk sofia..dan sofia adalah seorang yang mempunyai penyakit M yang amat-amat besar…tapi, bab-bab tudung sofia memang cerewet..haha dah la malas..cerewet pulak tuh kan..haha..cerewet lah…sebab sofia nak pakai tudung tuh ikut lah baju atau seluar yang sofia guna tuh kan…lepas tuh nak tengok juga pemakaian tudung tuh untuk pakai ke mana…materialnya…hahaha cerewet kannn..

    Tapi tak pe, alhamdulillah, sampai sekarang nih, even cara sofia nih yang macam-macam nih..sofia still boleh guna khidmat online untuk map kan dengan kecerewatan sofia hahahaha…

    Jadi, untuk memenuhi kehendak sofia, ada satu online blogshop yang memang menjadi pilihan favourite sofia.. Zalora!! 

    Dalam Zalora, ada banyaaaakkkkk sangat pilihan tudung yang boleh korang match kan dengan kriteria pemilihan korang..contohnya:



    Bagi sofia yang kadang-kadang rajin lah juga travel nih kan…jadi, sofia amat-amat prefer pilih cotton yang dari Zalora nih..sebab selesa..bila kita travel, keselesaan pakaian tuh sofia akan letak yang pertama..Nanti kalau tak selesa, kang sibuk lah dengan nak betulkan tudung tuh..dah mengacau mood kita yang nak berjalan-jalan nih…









    Selain tuh, bila travel, sofia prefer tudung macam ni..tak ada awning..even sofia memang minat tudung yang ada awning..tapi bila travel nih, susah nak jaga tudung awning sebenarnya..kang kalo awning dia terlipat ke terkemek..dah nak kena iron..kalau tempat penginapan kita ada iron ok lah..tapi tuh pun, macam pengalaman yang sofia ada..even ada iron pun..memang tak sempat nak iron..waktu berada di bilik hanya untuk tido dan mandi je…jadi, bila masa lah nak iron bagai kan


    Bila pergi kerja pulak, sofia tak cerewet dari segi material..tapi sofia cerewet dari segi corak atau color pulak lah kan…tapi kalo travel nih..baik warna hitam kea pa-apa yang gelap..senang + ringkas sebab boleh masuk dengan pelbagai baju..
    Bila baju sofia bercorak, kadang-kadang datang mood baju sofia plain tapi nak tudung yang tak nak terlampau menonjol sangat..jadi boleh pakai macam gambar ni..ada part corak dan plain..
    Bila ke majlis pulak, dengan koleksi yang ada dalam Zalora tuh, ada banyak pilihan yang boleh masuk dengan cara dan kesesuaian yang kita perlukan..macam sofia akan ada masalah bab-bab corak and color pakaian ni bila hari raya..family sofia punya tradisi ada tema color untuk raya terutama first day raya..jadi, color tuh akan ditentukan oleh ibu sofia..lepas tu, sofia kena color atau corak yang supaya tak akan lari dari tema family..jadi, sofia akan tunjuk gambar dekat Zalora ni dulu kat ibu..ok ke tak..kalo ok, boleh proceed…hahaha jadi, tak lah ibu sofia malam raya buat drama sebab ada anak die yang tak ikut tema yang dah ditentukan ni…hahaha  dan bila sofia buat macam ni, senang discuss untuk semua yang perempuan-perempuan dalam family sofia..mana corak yang diorang..



    Haaa..semua orang nak tudung ikut taste memasing kan....


    Bila raya memang semua tak boleh lari dari tema...tuh syarat utama family sofia...


    Dan bila ada majlis kahwin ke..masing-masing pun ada cara and style sendiri...



    Dan bila macam nih..sebab tu sofia and adik-adik sofia prefer yang online..pilihan lebih banyak dan mudah diperolehi...


















    2 comments:

    Mummydearie said...

    Akak sampai la ni tak tahu apa tudung favorite akak sebenarnya. Semua pun nak disarung tapi yang quick n easy tentulah mendpt tempat di hati. Akak berangan nak bershawl ke pejabat sampai la ni tak berjaya sebab tangan kidal akak ni kekok sungguh nak melilit bagai! Erk, gambar keluarga Sofia yang first tu (memasing buat muka) kelakar plak rasanya jadi gambar raya :)

    Isteri kepada Suami said...

    Mummydearie: hahaha sofia kalau jenis cerewet gile bab2 tudung2 nih..kalau dulu kene iron2 hujung2 nak kan muncung bagai kan..perghh kalo tak jadi blh meleleh air mata sofia sbb tudung tak menjadi bila pakai hahaha...horror kan..

    family sofia kalau bab2 posing..mmg sure akan ade part bebas yg masing2 semua menggila mcam2 pesen posing hehehe