Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Ianya Mimpi Lain Dari Biasa

  • Wednesday, October 3, 2012
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , ,
  • Assalamualaikum wbt...Salam Sejahtera...




    Rabu sudahhhh~~ even rasa macam kelam kelibut sikit..tapi baguslah..sofia rasa ngantuk sangat pagi nih...rasa macam nak je sambung tido..huhu..tapi....nak buat macam mana...keje tetap keje kannn~~

    Sofia agak mengantuk pagi nih sebab malam tadi sofia tido terjaga pukul 3 pagi..act, malam tuh sofia pun tak sedar bile masa boleh tertido..sofia try bertahan mata tengok citer Saiful Nita tuh sampai habis..pastu ingat nak sambung tengok Supernatural..tapi, tah bile masa boleh terkejam...sofia rasa macam tak dengar langsung lagu starting citer Supernatural tuh..

    Sofia tido malam tadi tanpa fikir apa-apa..pastu dalam pukul 3 pagi sofia terjaga..pastu tido balik...lepas tido tuh je, sofia mimpi..

    Mimpi nih memang sofia rasa lain sangat...sofia mimpikan suami sofia..mula-mula sofia bagitau Haziq, "try pakai kain pelekat macam abang syuk..pastu jalan macam abang syuk.."

    Tengah sofia tengok Haziq jalan dengan kain pelekat, tetibe sebelah Haziq sofia nampak suami sofia..time tuh air mata sofia memang mengalir sangat..sofia jerit, "sofia nampak abang!!!!!! abang jangan tinggalkan sofia..tolong....."

    Lepastu suami sofia terus datang dekat dengan sofia..tapi die lalu je sebelah...sofia nampak die senyum tapi tak cakap apa-apa...cuma air mata die pun sama mengalir...lepas tu..sofia menangis esak-esak sampai sesak nafas...memang rasa betul-betul sesak nafas sampai terjaga dari tido..

    Sofia bangun tido rupenya bantal sofia dah basah...dan sofia tak sedar yang sofia memang betul-betul nangis teresak-esak...lepastu terus susah nak tido balik..air mata tak nak berhenti langsung..

    So, sofia decide untuk solat sunat..

    Ya Allah...memang sofia tak pernah alami mimpi macam nih..tapi sofia tetap rasa bersyukur teramat amat sangat..sofia dapat jumpa suami sofia..Alhamdulillah...sekurang-kurangnya, cara nih dapat bantu sofia kurangkan sikit rasa rindu + rasa teringin nak jumpa suami sofia...

    Ya Allah, bahagiakan dan sejahterakanlah suamiku Mohd Syukri Ahmad di sana, peliharalah suamiku Mohd Syukri Ahmad disana dan sayangilah suami Mohd Syukri Ahmad..temukanlah kami kembali..

    Al-Fatihah~

    1 comments:

    nadia said...

    salam kak sofia. :)
    nama saya nadia. nadia first time singgah sini. tapi rasa macam sebelum ni ada pernah sekali singgah dekat blog akak. kak, nadia kagum dengan akak. seikhlas hati nadia. nadia tak tau macam mana keadaan diri nadia kalau diuji dengan ujian maha hebat kuat ni. semoga akak terus kuat.