Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Scene Yang Mempengaruhi

  • Tuesday, September 11, 2012
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , ,
  • Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera...





    Fuhh dah sedap beberapa minggu nih keje 4 ari seminggu...semalam pun sofia cuti lagi..arinih baru masuk keje..rasa liat nya lah aii nak pegi keje..tuh yang kekadang jadi malas nak cuti lama sebab sure malas nak mulakan feeling nak pegi keje tuh...

    Semalam time sofia kat court ade juga berbual dengan orang yang sama2 tunggu kes diorang..hurmm rupenye ramai juga kes yang lebih kurang dengan kes sofia..kes kena langgar nih..dulu sofia mungkin tidak begitu berasa bila dengar kes-kes accident nih..tapi bile dah diri sendiri rasa..memang perit..dengar cerita orang pun, hati dah mula sebak..alhamdulillah, sofia dapat bertahan untuk air mata nih turun depan orang..lagipun, sofia tengok mak dah mula menitis air mata nya bile berbual dengan orang tuh..sofia harus kuat..dan tak boleh nak sama-sama nangis..nanti susah pula..alhamdulillah..setakat nih kes suami sofia berjalan dengan lancar..walaupun kadang-kadang keputusan yang diputuskan bukan kehendak kita..

    Before nih sofia ade tunjuk drama bersiri supernatural nih yang sofia memang tak akan miss punye..a'aa memang tak miss satu episod satu season pun..hehe..

    Season 7 nih lagi la..memang diakui jalan cerita dah mula agak merepek dan confirm sesangat jauh menyimpang dengan fahaman kita..tapi, apa yang menarik sofia untuk terus tengok cerita nih ialah pasal semangat adik-beradik nih..memang sofia suka sangat..seorang abang n adik yang sangat protective antara satu sama lain..tuh yang memang buat sofia tak nak lepas even satu scene pun dari cerita nih..

    Antara yang menarik setakat nih yang sofia dah tengok ade satu episod yang pakcik Bobby diorang dah mati..tapi lepastu diorang boleh nampak roh pakcik diorang nih..bile tengok scene nih la yang buat kadang-kadang hati sofia berdetik..kalaulahhhhhh............

    Tapi kalau sofia boleh tengok roh suami sofia, maknanya semua jenis roh sofia boleh nampak kan...jika ikutkan hati nih...sofia nak tengok..nak berbual dengan suami sofia macam biasa..tapi...sofia tahu tuh semua tak akan terjadi..sekarang nih even nak jumpa dalam mimpi pun susah..bila sofia terlalu nak jumpa..sure tak akan jumpa..tapi tak tahula pula kalau sebenarnya sofia bermimpi suami sofia tapi sofia tak ingat bile bangun..tuh tak tahu la pulak...mana yang seingat sofia memang susah sofia nak mimpikan suami sofia..

    Sofia rindu sangat-sangat dengan Mohd Syukri Ahmad...






    0 comments: