Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Macam Mana

  • Tuesday, August 14, 2012
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , ,
  • Assalamualaikum wbt...Salam Sejahtera...




    Semalam sofia baca artikel kat BHarian..pasal Maya Karin yang sambut raya tanpa sesiapa means, selain family..yelah, die kan dah kawin juga cuma cerai hidup..so, die cakap "die tak kisah pun raya tanpa sesiapa..cukuplah keluarga di sisi.."

    Hurmmm...sofia pelik pun yer..macam mana hati die boleh keras camtuh ekk..sofia nih cuba banyak kali untuk rasa tak kisah..untuk tidak terlalu terbawa-bawa rasa sedih tuh...tapi kadang-kadang sofia kecundang jugak...korang boleh click sini untuk baca pasal Maya Karin tuh

    Sampai sofia rasakan, tiada maknanya pun raya sekarang nih..semua hanya lah hari-hari biasa yang harus sofia lalui..tiada istimewanya syawal...tapi rasanya lagi perit nak harung hari raya dari hari biasa..sebab bila sofia berkumpul ramai-ramai nih...mata sofia pasti seperti mencari-cari...hp pasti banyak kali nak dipandang..

    Tapi entahlah tahun nih macam mana pulak gayanya...gerun untuk berhadapan dengan malam raya sofia dah dapat rasakan..bukan untuk malam raya je..tapi start sofia balik Muar..sure rasa sedih tuh memang akan datang punye..dan sebab tuh jugak sofia sekarang jarang giler balik Muar...tapi raya..i have to..trying so hard to be strong untuk penuhkan masa yang ada..peluang yang ada bersama family...



    Gambar nih last family photo yang sofia senyum..tahun lepas penuh dengan air mata...tahun nih tak tahu la pulak macam mana..

    Time nak amik gambar nih..dalam hati memang dah berdetik..nih last family photo untuk sofia sebelum jadi isteri...dan time nih juga adalah first raya sofia as tunang kepada Mohd Syukri..pepagi lagi suami sofia tuh dah datang umah sofia..eah bukan nak beraya tapi antar makanan..kami tukar2 menu..

    Haihhhh kalaulah......semuanya hendaknya kalau...tapi, realitinya ianya tidak akan terjadi.....

    Segala ketentuan ini, makna tersiratnya, hanya Allah swt sahaja yang tahu.....

    Ya Allah,  tingkatkanlah kekuatan hambaMU ini dalam mengharungi segala ujian dan ketentuan dari MU ya Allah...







    2 comments:

    Zie Madini said...

    semoga sofia tabah lalui raya ni tanpa suami di sisi. al-fatihah buat suami. zie tahu sofia tabah orgnya.

    selamat hari raya, dear :)

    Isteri kepada Suami said...

    Zie: Thx zie..insya-allah..sofia bgantung 100% pertolongan dr Allah untuk sofia kuat lalui ni semua..Al-fatihah