Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Telah Tiba Masanya

  • Tuesday, July 24, 2012
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , , ,
  • Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera...






    Sejak dua menjak nih kan, ramai betul yang meninggal dunia kan..mula dengan pasal helikopter tuh..lepas tuh ada artis veteran pun meninggal dunia..dengan kes jenayah samun ke rompak yang sampai bunuh membunuh...sofia rasa dunia sekarang dikelilingi dengan berita kematian...


    Sofia sayu dengar pasal kematian yang helikopter tuh..jarang betul dengar pasal helikopter nih..tetibe ade pulak dan sampai bawa kepada maut..takutnyaaa la haiii..lagi la dengar saat akhir mereka..buat sofia teringat sewaktu suami sofia hendak meninggalkan sofia buat selamanya..waktu dah hampir tuh..memang ada sebenarnya perkara yang pelik tapi kita tak sedar langsung time tu..cuma dah tak ada nih la baru tahu yang die telah pun maklumkan kepada kita sebenarnya...





    Betul..masa mereka semua telah tiba..Allah swt telah pun tetapkan waktunya itu..jadi, dalam keadaan apa sekali pun..ianya tidak dapat ditunda walaupun sesaat..subhanallah..


    Bila dengar mereka yang telah pun mengadap Yang Maha Esa ni, buat sofia terfikir bagaimana pulak keadaan sofia nanti..sewaktu dijemput tuh..tah kat mana n tah ape pulak yang sedang sofia lakukan...takutnya la aiii..bukan sofia takut untuk mengadap Allah..sofia tahu memang sofia akan mengadap jugak...cuma sofia takutkan keadaan sofia sewaktu mengadap Allah..sofia harap sofia akan pergi dalam keadaan husnul khotimah..kalau boleh sofia nak mati dalam tidur..sofia nak tahu sangat keadaan mati dalam tidur nih macam mana..


    Sofia rasa bila mati dalam keadaan tidur nih..sakaratul maut tuh pasti ada, tapi orang lain atau orang biasa mungkin tak nampak dan tak tahu apa yang mereka hadapi..sofia harap juga sofia dapat mengadap Allah swt sama hari dengan suami sofia pergi mengadap Allah swt, iaitu hari Jumaat..dan lepas tuh, sofia harap Allah swt akan temukan kembali sofia dengan suami sofia dan tiada lagi perpisahan antara kami selepas itu..


    Insya-allah...semoga kita semua akan pergi dalam keadaan husnul khotimah...dan yang pasti, kematian tuh pasti..hanya menanti masa yang telah ditetapkan Allah swt...




    3 comments:

    lily lotus said...

    sedihnya baca entry ni. semoga Allah memberi yg terbaik untuk kita baik sewaktu hidup ataupun tika maut menjelma...

    Isteri kepada Suami said...

    kak lily: btul kak..sofia doa semoga semua hambaNYA dapat yang terbaik dariNYA

    Zie Madini said...

    setiap yg hidup, pasti akan mati...subhana'allah. takut zie nk berjumpa dgn ALLAH SWT dgn keadaan diri yg penuh dgn dosa ni :(