Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Di Saat Ramadhan Menjengah

  • Saturday, July 21, 2012
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , , ,
  • Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera...





    Saat 1 Ramadhan ni..telah pun 395 hari suami sofia bersamaNYA..dan apabila 1 Ramadhan nih bermakna, semua yang meninggal akan bebas..sofia tak tahu apa yang sebenarnya suami sofia alami untuk alam di sana..cuma sofia harap sangat untuk bertemu dengan suami sofia..sofia teramat rindukan suami sofia...



    Sofia tak dapat nak bayang macam mana pulak hari-hari seterusnya lepas nih..tak tahu bagaimana untuk dibayangkan..bila dah mula ramadhan, orang akan mula cerita pasal persiapan raya...tuh yang paling sofia tak suka..sofia tak nak..tapi, sofia terpaksa juga bercakap mengenainya bila family sofia juga membicarakan mengenainya...apa yang sofia rasa ketika tu, hanya sofia sahaja yang tahu peritnya...



    Macam mana pulak agaknya dengan family mertua sofia tahun ni ek? tuh pun bermain dalam fikiran sofia..kali nih, mereka beraya di rumah mertua..macam mana pulak dengan mak mertua sofia ekk..ya Allah...tak tahu sofia nak tolong diorang macam mana..apa pun sofia buat, tidak mungkin ianya dapat menggantikan tempat Mohd Syukri..tiada siapa dapat gantikannya..apa harus sofia buat?? sofia buntu sangat...


    Sofia tak nak mak mertua sofia sedih..tapi nak beri dia kekuatan, sofia sendiri masih merangkak..memang tak layak lah sofia untuknya..hanyalah kalau.....semua nih dapat berputar kembali dan suami sofia masih berada di sisi saat ini....


    Kadang-kadang bukan sofia dan family mertua sofia je yang rindu sangat kat suami sofia..family sofia..terutama Chibby..yang selalu juga sebut, 'kalaulah abg syuk ade lagi kan best...' apa lagi yang mampu sofia katakan..sedangkan sofia sendiri memang mengharap yang kalau tu...



    Abg....sofia rindu sangat sangat kat abang..sejak akhir-akhir ni kerap betul abg muncul dalam mimpi sofia..kadang-kadang sofia terasa yang abg pun sedang menunggu sofia..ya Allah...sofia tak tahu bagaimana keadaan kat sana..langsung tak dapat nak bayang suasananya..tapi, sofia berharap sangat, di sana nanti sofia akan bertemu dan bersama dengan abg selamanya dan tiada lagi perpisahan..cukup la kita berpisah sekarang ni..sofia tak mampu lagi dah untuk harunginya...



    2 comments:

    ~MakLady~ said...

    Salam SOfia, bawa bersabar ye dik. InsyaALLAH.. selagi hati sofia dekat pada arwah, selagi tu la ALLAH tak lupa utk beri rahmatnya pada sofia. Isteri mithali mmg sukar utk dicari. InsyaALLAH sofia akan temui arwah, bila tiba masa nya. Kita semua akan ke sana.insyaALLAH.

    Sempena Bulan Ramadhan ni, MakLady doakan Sofia dan keluarga tabah menghadapi. Lebih tenang dan moga rahmat ALLAH keatas kita diberkati dan moga hari2 Sofia lebih tenang dari seblum ini.

    Mcm Sofia, dah lama MakLady tak merasa meriah beraya spt lain tapi demi anak2 MakLady harungi wlpn hati ni....YaALLAH yang maha mengetahui.

    Apa yg MakLady harap pd Sofia - jgn ikutkan hati yg sepi. Kita kena teruskan hidup kita. Lebih optimis kerana ALLAH dah kasi tugasan kita di dunia ni. So jgn putus asa. ALLAH sentiasa bersama... Yg pergi tetap pergi, kita yg ada ni, harus redha dgn kehidupan. InsyaALLAH sofia tidak berseorangan. ;))

    Ingatan Ikhlas & Salam RAMADHAN :)

    Isteri kepada Suami said...

    mak Lady: Terima kasih kak atas ingatan tersebut..sofia amat hargainya..terima kasih byk :)