Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Madinah - Ziarah Masjid Nabawi & Makam

  • Monday, June 25, 2012
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , , , ,
  • Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera...





    Hari nih sofia nak share time sofia pergi ziarah makam Rasulullah saw dan para sahabat baginda..


    Aktiviti nih asing lelaki dan perempuan..so, yang lelaki ni yang bawa kamera, jadi muka diorang la yang banyak..lagipun yang lelaki tak kena check sangat time nak masuk masjid nabawi..yang perempuan..ya Allah serious sampai ke beg2 ke apa yang kita ade semua die check..dan kamera sememangnya la tak boleh nak bawa kan..hp tak boleh..ape tah lagi kamera..




    Nih pemandangan dari hadapan, lepas masuk gate masjid nabawi..nih la die..payung-payung nih akan terbuka bila waktu siang, waktu panas..malam pulak die akan kuncup..hebat kan masjidnye..kagum sofia..masjid diorang sangat canggih daripada kita..even tak de wifi dalam masjid nih, tapi struktur binaan die sangat sofia kagum..


    First sekali kami ke Raudhah..semua orang tahu, tempat yang dikatakan mustajab untuk berdoa..tapi bila sampai sana, sofia rasa nak doa macam-macam..rasa macam tak terbilang doanya..


    Tapi bahagian perempuan amat terhad..mula-mula, kita akan dikumpulkan ikut negara..tapi bagi yang wheel chair dapat keistimewaan kerana diorang ada laluan sendiri..dan sofia time ni bawa tokmi..jadi sofia tak saing dengan ibu, aunty dan cousin sofia..jadi, macam mana keadaan diorang lepas diorang dikumpulkan tu sofia tak pasti ceritanya


    Untuk sofia dan tokmi, kitorang pun still kne beratur n tunggu turn..serious panjang..tuh pun polis yang jaga sofia rasa dah cukup tegas..tapi ada juga umat islam yang kurang faham agaknya..kadang-kadang bila tengok sofia kesian jugak kat polis-polis nih..sampai terpaksa guna cara kasar bila ada yang langgar peraturan yang ditetapkan


    Alhamdulillah, bila di raudhah, sofia dan tokmi berada di bahagian paling hadapan sekali..memang petak hijau yang betul-betul tempat mustajab tu memang sangat-sangat kecil..sofia pun solat sunat celah-celah wheel chair..tapi alhamdulillah..segalanya Allah swt permudahkan..




    Sepatutnya, selepas raudhah, kita akan melawat makam Rasulullah saw dan para sahabat..tapi, rupenya hanya orang lelaki sahaja..orang perempuan tak boleh dan dikepung..tapi, bila kita ke raudhah, kita still boleh lihat bahagian atas makam..tu kene tonjet kaki la..sebab kepung die agak tinggi jugak..




    Gambar kat makam ni semua adik-adik sofia yang amik..orang lelaki yang ziarah nih pun polis sana tak beri berhenti depan makam..hanya boleh lalu..doa ke selawat semuanya selepas dari makam..punyelah penuh umat Islam yang sentiasa ziarah makam baginda dan para sahabatnya kan..sampai terpaksa buat peraturan macam tuh..


    Bagi sofia, memang logik dan patut diorang ada kan peraturan macam-macam..pasti diorang tahu kesan dan akibatnya..ini pun ada juga orang yang jenis tak faham bahasa..tak faham peraturan..serious ada dan sofia sangat pelik orang yang tak reti undang-undang nih...




    Para sahabat baginda yang dimakamkan bersama baginda ialah Saidina Abu Bakar yang betul-betul sebelah baginda dan sorang lagi adalah Saidina Omar..yang satu tu, makam Rasulullah saw..


    Sebenarnya, banyakkkkk sangat sofia nak cerita pada setiap tempat nih..tapi sofia rasa tak tahu nak selit kat mana..rasa nih pun dah macam panjang sangat..tak pe..nanti next next entry, sofia akan cuba selitkan setiap pengalaman sofia untuk share ngan korang..
    tapi, jangan anggap pengalaman atau apa yang sofia alami, akan sama dengan apa yang korang alami terutama bila yang akan pergi ke sana..sebab, sofia dimaklumkan oleh ustaz yang bawa nih, Arab nih, sentiasa buat perubahan..terutama apabila pemerintah mereka bertukar..jadi, kemungkinan pengalaman setiap orang akan berbeza..
    Tu la salah satu uniknya bagi sofia apabila kita ziarah ke tanah suci nih..pergi la banyak kali sekali pun..pasti tak akan jemu..dan benar kata orang..sekali pergi memang tak puas dan rasa seperti hendak datang lagi..nih pun sofia kadang-kadang bila nak solat terbayang-bayang lagi suasana kat masjid di sana..subhanallah..indah sungguh...






    0 comments: