Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

29 Rejab Genap Setahun

  • Tuesday, June 19, 2012
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , , ,
  • Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera..





    Hari nih sofia stop kejap publish pasal suasana semasa sofia buat umrah..

    Hari nih 29 Rejab, genap setahun sofia ditinggalkan suami sofia untuk bersama dengan Pencipta kita..


    Kadang-kadang tu sofia rasa yang suami sofia nih masih ada dengan sofia..tapi ada juga masa yang sofia betul-betul rasa suami sofia nih tak ada..time tuh la kalau sofia betul-betul terasa, sofia memang tak boleh nak kawal rasanya rasa nak menangis nih dari terus menangis..


    Yelah, bila dah terlalu lama kawal untuk dari terus mengalir..kadang-kadang sofia kalah juga untuk kawalnya..


    Bukan senang untuk sofia kawal perasaan yang dipendam setahun nih..


    Nih bermakna tak lama lagi kita akan sambut Ramadhan..seronok memang seronok..tapi....jauh sudut hati sofia sedih sangat..sedih sebab mengenangkan kali kedua sofia sambut Ramadhan nih tanpa suami sofia..


    Lagi la bila nak Syawal..rasanya kalau boleh sofia tak nak berada dalam Syawal..setiap kali mengenangkan Syawal yang tanpa suami..sofia tak mampu nak bayangkan rasa, suasana and keadaan sofia waktu tuh..sofia tak suka suasana ketika syawal..


    Bila kenangkan balik..sofia sendiri tak sangka sofia boleh bertahan sampai setahun tanpa suami..sebelum nih, sofia ingat sofia sendiri pun tak lama..sebab kitorang memang tak pernah berpisah lama-lama macam nih..tuh la yang dikatakan Allah Maha Mengetahui..Dia lebih tahu dari diri sofia sendiri..dan atas kesedaran tu, sofia sepatutnya letakkan 100% kepada Allah swt yang Maha Mengetahui segalanya..sofia tak tahu apa yang akan jadi pada sofia pada masa akan datang..


    Ya Allah, hambaMU ini amat lemah ya Allah..berikanlah hambaMU ini kekuatan dalam menghadapi segala dugaanMU ya Allah...




    1 comments:

    ~MyLady~ said...

    Salam Sofia

    mohon maaf jika mengganggu.
    Amat tabah dan cekal sofia hadapi semua ni. Sabar dan teruskan bersabar demi kesejahteraan. Apa yg sofia lalui mgkin x sama dgn apa yg kami sekluarga lalui, tapi dugaan ALLAH tetap sama cuma cara je berbeza2. Redha dgb KETENTUAN yg telah ditetapkan utk kita. Bnyk2 bersabar dan tabah. Ingat~! masih ada Ramai lagi kat luar sana yg mgkin hadapi lebih dugaan bnyk dari kita. Redha dan sentiasa ingatkan diri kita, masih ada yg sayang pd kita. Hidup perlu diteruskan.
    Wasalam

    Buat arwah Mohd Syukri b Ahmad .. Al Fatihah..

    http://blogdearlady.blogspot.com/2012/06/berat-mata-memandang.html