Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Pandangan Mata Hati Saya

  • Tuesday, May 8, 2012
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , , , ,
  • Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera..



    Last week sure ramai yang tengok ending untuk drama #CintaBuatEmelda..

    Rasanya bukan orang perempuan je yang layan cerita nih..tapi yang lelaki pun sama..

    Yelah, kalau dah isteri dan anak-anak perempuan semua nak layan citer nih..tak ke yang si ayah, si suami si abang dan si adik-adik lelaki nih pun sama layan?hehehe

    Well, bila tengok dari sudut yang positif..nih bukan je saat menonton TV, tapi still boleh kita count kan as spent time dengan family kan? betul x?

    So, cerita yang jalan ceritanya boleh di agak dari awal..tapi still ok untuk kita yang balik kerja untuk merehatkan minda menontonnya..

    Cuma, sofia suka tengok dalam satu cerita nih..kita boleh pusingkan 360 untuk lihat macam-macam sudut..



    Dari sudut sebuah keluarga..

    Sebuah keluarga yang dipenuhi segalanya..kasih sayang.cukup makan,pakai dan tempat tinggalnya..dari pandangan mata luaran, orang boleh cakap mereka keluarga bahagia..

    Namun, apabila Allah swt mendatangkan ujian ke atas mereka..boleh jadi dua jalan..sama ada kesannya ke arah positif atau negatif..ada yang memula je negatif tapi lepas tu positif..

    Tapi yang pasti, ujian Allah itu boleh datang dari pelbagai bentuk..

    Kekuatan sebuah keluarga memainkan peranan yang amat besar..Tak semua mampu berdiri setelah terduduk, tapi itulah pentingnya kekuatan sebuah keluarga..sorang jatuh, yang lain akan rasa tangungjawab untuk bantu supaya mereka sama berdiri..

    Tapi, dalam masa yang sama, tak semua keluarga akan mengalami perkara yang sama..ada yang penuh dengan dugaan..

    Lagi-lagi lah zaman sekarang yang katanya serba moden..tapi janganlah sekali-kali kita moden kan adat dan budaya kita..yang mana yang muda perlulah menghormati yang tua..yang tua perlu bersikap tolenransi dan mendengar pandangan yang muda..

    Sikap nih sebenarnya telah pun Rasul kita ajarkan kepada kita..sedangkan waktu Nabi kita dulu mana ada telefon ke komputer nih..

    Nilai-nilai yang ada pada seseorang tak boleh di nilai dengan canggihnya dunia kita sekarang nih..



    Perhubungan suami siteri merupakan perhubungan yang paling mulia..Allah swt suka orang yang saling berkasih sayang nih..

    Tapi perlu diletakkan atas landasan yang telah Allah swt tetapkan..

    Setiap perkahwinan pasti ada ujiannya..macam juga kehidupan kita..

    Ujian datang dalam pelbagai bentuk..bergantung kepada nilai yang ada pada diri kita tadi untuk menghadapi ujian Allah swt..

    Kekayaan juga ujian dari Allah swt..diuji sama ada kita bersyukur atau tidak dengan nikmat yang diberi..

    Bagi sofia, ujian harta kekayaan mungkin kita senang untuk sedar..tapi ujian terhadap perhubungan kita..kadang-kadang kita tak perasaan ianya adalah ujian..

    Bagi sofia, selagi kite diberi peluang untuk hidup bersama dengan pasangan kita, buatlah yang terbaik..sebab kita sendiri tak tahu bila kita atau pasangan kita yang akan dijemput Allah swt dahulu..

    Apabila itu berlaku..adakah rasa kesal tuh baru nak datang?kalau datang time orangnya dah tak ada nak buat apa kan?

    Sofia sendiri dah rasa sangat rasa tuh..rasa kehilangan orang yang tersayang nih....beraaaatt sangaaatt nak kita hadapinya..amat amat berat..tapi, berkat doa dan kesedaran yang Allah berikan..bahawa ianya ujian dan mungkin juga doa sofia dengan suami sofia selama ini sedang dimakbulkan Allah swt..sofia rasa boelh berdiri..sekurang-kurangnya ianya membantu sofia untuk dari terus air mata nih mengalir..



    Bagi sofia, apa yang sofia impikan sangat-sangat adalah sebuah keluarga yang cukup-cukup bahagia..sofia impikan berada bersama suami sofia, bersama keluarga kami..

    Itulah saat yang paling paling bahagia..kumpul lah berapa banyak kenangan manis yang lain pun..tak akan sama dengan kenangan manis bersama dengan keluarga kita..

    Sofia ingat lagi suami sofia dulu pernah cakap sebelum kitorang kawin, "Sabar sayang..nih semua ujian dan dugaan kita..lepas kahwin, kita akan bahagia..tiada lagi ujian untuk kita.."

    Ayat tuh dimakbulkan Allah..suami sofia tidak lagi merasa sebarang ujian dan semoga sekarang nih, dia hanya merasai kebahagiaan yang sepatutnya dia miliki..

    Sofia berharap dan sentiasa berdoa agar hubungan sofia dengan suami dan seluruh ahli keluarga sofia dapat berkumpul balik bersama-sama merasai kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat nanti..

    Itulah saat yang amat-amat sofia impikan..