Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Last Day

  • Monday, May 28, 2012
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , , ,
  • Assalamualaikum wbt...Salam Sejahtera...



    Hari nih dah 28hb dah ek..cepatnyeee masa bergerak..teramat pantas sofia rasa..

    Dilihat pada kelendar Islam pula, hari nih 7 Rejab..kalau tahun lepas, ia bermakna dah 7 hari sofia menjadi isteri Mohd Syukri..

    Dan ini juga bererti, hari nih sudah 341 hari suami sofia bersama Sang Pencipta di sana..sofia sentiasa doakan semoga abang bahagia di sana..diharap, kebahagiaan disana adalah yang amat bahagia buat abang..



    Jika tahun lepas, hari ini sofia mula bercuti, bercuti sebelum bernikah pada 3 Jun 2011..

    Kat mata nih masih lagi terimbas suasana masa tuh..rumah sofia yang sangat riuh rendah dengan kehadiran tetamu tak putus..seminggu sebelum majlis lagi, rumah dah mula dikunjungi orang..

    Orang pasang pelamin, bilik semua lagi lah..keluar masuk rumah..setle kan urusan mereka..

    Hehe orang kata dah nak kawin, jangan asyik jumpa..tapi sofia dengan suami sofia tak boleh..at least kitorang dapat jumpe sekejap pun jadilah..bila sofia tak dapat keluar rumah..pasti die akan datang rumah..

    Memang kitorang tak pernah berpisah terlalu lama..sehinggalah apa yang sofia alami sekarang ni..memang ini bukan kehendak kami, tapi apa kan daya..kuasa Allah amat besar..tiada siapa mampu melawannya..hanya berserah kepada Allah dan berharap, agar perpisahan ini hanyalah sementara untuk sofia dan suami bersatu kembali seperti mana Rasulullah saw yang bahagia bersama isterinya..

    Sofia memang ingin sangat nak bahagia seperti Saidatina Khadijah dan Aisyah yang bahagia bersama suaminya, Rasulullah saw..



    Insya-Allah, hari ini hari terakhir sofia bekerja, sebelum sofia bercuti panjang..

    Sofia akan bercuti untuk menunaikan ibadat umrah bersama family sofia dan family belah abah..memang ramai..atuk, pakcik n makcik n cousin sofia pun ada..

    Dan ini merupakan entry terakhir sehinggalah sofia selesaikan segalanya..

    Hasrat ini sebenarnya, adalah dari tahun lepas..suami sofia yang ingin ke Umrah selepas kahwin..tapi, Allah swt lebih mengetahui dan mengatur segalanya..suami sofia terlebih dahulu menemuiNYA..jadi, impian dan hasratnya sofia tunaikan tahun ini..

    Semoga, sofia dapat lakukan yang terbaik impian dan hasrat suami sofia ni..



    Dah mula menghitung masa..hehe :))

    Excited untuk ke bumi Allah..bumi yang penuh dengan sejarah..bumi yang bermulanya agama kita..bumi rasul kita..entah bagaimana keadaannya bila dapat melihat dengan mata sendiri..

    Entah bagaimana rasa hati ini bila menjejakkan kaki ke tanah suci nanti..

    Ya Allah, hanya engkau sahaja yang mengetahui segala hati dan perasaan ku ini ya Allah..



    Betul..lebih seronok jika sofia dapat ke sana bersama suami sofia..suami yang amat sofia sayang..memang indah jika dapat bersamanya di sana..

    Tapi, apa kan daya kita hambaNYA yang lemah ini..

    Hanya pada Allah swt sofia berserah dan berharap..agar segala doa dan hasrat sofia tercapai..

    Sofia nak mohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap sofia selama ini..yang mana pernah sofia guriskan hatinya..atau kata-kata atau perkataan dalam entry nih pernah yang menyinggung perasaan sesiapa..sofia minta ampun sangat-sangat..

    Kepada semua, doakan untuk sofia dan keluarga, agar segala urusan kami dipermudahkan di sana..agar Allah swt sentiasa melindungi kami...



    5 comments:

    she loves green said...

    semoga perjalanan diberkatiNya :)

    e.t.t.y said...

    sabar ye sofia. semoga mendapat umrah yg diberkati di sana. jaga diri baik baik.

    Zie Madini said...

    sebak n bergenang air mata zie baca entry ni. tak dpt bygkan if zie di tempat sofia :(

    semoga arwah syuk tenang di sisi ALLAH SWT. Al-fatihah buat dia. dan utk sofia...semoga semua urusan mengerjakan umrah di selesaikan dgn selamat...amin

    hunnyAPIS said...

    rasa sedeh plak...T_T semoga mempermudahkan perjalanan awak

    Mr. J said...

    takce Ms. Sofia.