Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Kisah Dia..Kisah Kita

  • Thursday, May 10, 2012
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , , ,
  • Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera...




    Semenjak kerja, sofia dah jarang nak baca-baca buku sangat nih..kalau baca majalah..oklah..xla bosan sangat sebab banyak gambar kan..haishh lagi orang kempen budaya membaca, makin malas pulak sofia nak membaca..

    Perangai macam nih la yang buat sofia pikir banyak kali untuk further study..hehe sofia takut nak amik komitmen..



    Tapi walau macam mana pun, sebelum tido sofia tetap capai jugak buku untuk lebih senang terlelap..

    Dan buku yang menjadi kecintaan sofia sekarang buku nih..Majoriti pasal pengalaman mereka yang pernah mengerjakan haji dan umrah la..Tapi sofia tertarik dengan kisah Umi Kalsom..yer pelakon veteran kite tuh..turut menceritakan pengalaman die..

    Berjurai air mata sofia time baca kisah die nih..untungnya dia dapat mengerjakan haji dan umrah bersama suami tercinta..rezeki mereka..

    Suami die meninggal di Tanah Suci dan dikembumikan di sana..bagaimana peritnya die nak urus keadaan time tuh..sofia kagum dengan kecekalannya..

    Memang dia wanita yang cekal dan tabah..dengan kos di sana yang amat mahal..tetap di usahakan juga untuk selesaikan pengebumian suaminya..nih yang buat sofia berasa bersyukur juga suami sofia tinggal bersama mak..dan dikelilingi keluarga, abang ngah ada sana, family sofia pun ada sana..at least mereka membantu menguruskannya..

    Memang dugaan betul masa sofia nak sampai dari Pontian ke Muar..dan sebab tuh juga sampai sekarang sofia adalah orang yang paling paling paling bantah pasal BERSIH nih..sofia tak suke teramat sangat!!

    Perjalanan yang tidak mengambil masa yang lama boleh jadi lama hanya kerana jalan yang terlalu banyak sekatan dan orang yang berhimpun..yang menyebabkan sofia lambat tiba di hospital..yer sofia tahu itu takdir..sofia terima..tapi apabila di ulangi perhimpunan BERSIH nih..sofia membantah..korang akan rasa bila perhimpunan itu yang menghalang keluarga korang untuk mendapatkan rawatan di hospital ke apa-apa emergency case..baru lah korang tahu betapa tak berfungsinya BERSIH ni..

    Tapi bila membaca kisah Umi Kalsom yang diduga lagi berat dari sofia waktu pengurusan suami sofia..buat sofia rasa bersyukur..



    Apa yang buat sofia sedih sangat tuh..sikit sebanyak tanda-tanda yang ditunjukkan oleh suami Umi Kalsom sebelum die meninggal lebih kurang dengan suami sofia..tapi ketika tu, tak pun kite perasan..

    Macam mana suami sofia cakap, jangan terlalu membazir..maafkanlah orang yang buat salah dengan kita..jangan berhenti membantu orang susah dan menderma..sampai sekarang sofia sedang usahakan segala pesanan suami sofia nih..

    Even dia tak ada..tapi, segala tunjuk ajar dia sentiasa sofia usahakan..dengan doa agar pahalanya diberikan kepada suami sofia agar suami sofia sentiasa bahagia di sana..Berpisah tak semestinya kita terputus hubungan..bagi sofia, sofia tetap isteri Mohd Syukri Ahmad..

    "Suamiku hak Allah swt..Aku juga hak Allah swt..Allah swt berhak lakukan apa sahaja ke atas kami..Jika sekarang Allah swt telah pun menjemputnya, suatu hari yang pasti akan tiba jua masaku.."

    Sofia akan berusaha yang terbaik untuk jadi yang terbaik dengan memegang kisah Saidatina Aisyah yang cekal setelah kewafatan baginda Rasulullah saw...



    0 comments: