Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Kisah 1 Rejab

  • Tuesday, May 22, 2012
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , , ,
  • Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera...



    Alhamdulillah, hari ni kita masih diberi peluang dan kesempatan untuk berada di bulan Rejab..sofia sendiri pun tak sangka, sofia boleh berada sehingga ke hari ini..Allah lebih mengetahui hambaNYA dari diri hambaNYA sendiri..




    Tanpa sedar, masa yang berlalu dengan pantas..telah pun kita tiba ke bulan Rejab..bulan yang bermakna untuk sofia..kisah sofia tahun lepas..

    Pada hari ini, jam 9.00 pagi..sofia telah pun sah menjadi isteri kepada Mohd Syukri Ahmad..sofia dengan syuk dinikahkan pada 1 Rejab 1432H..

    Jadi, hari ini genap la setahun usia perkahwinan kami..setahun dah jadi isteri..kisah kami tak sama dengan pasangan suami isteri yang lain..yang menyambut ulang-tahun perkahwinannya dengan hadiah..makan malam yang romantik..

    Tapi sofia tetap bersyukur dan alhamdulillah..sofia kekal sebagai isteri Mohd Syukri..Insya-allah, hanya doa dan amal kebajikan yang sofia buat merupakan hadiah ulangtahun perkahwinan kami buat suami sofia..

    Insya-allah, dengan izin Allah swt, sofia yakin, kita pasti akan bertemu kembali nanti..hanya masa yang akan menentukan segalanya..jadi, sofia akan terus bersabar dalam menanti masanya..



    Bila dah masuk bulan rejab, bermakna tinggal Sya'ban, lepas tu kita dah masuk bulan Ramadhan..tak lama je lagi dah nak puasa..pastu nak raya..

    Jika dulu, rasa excited dan gembiranya nak beraya..tapi, sekarang nih..sofia tak rasa macam dulu..kalau boleh biarlah masa di bulan Ramadhan tuh lebih panjang..

    Sofia betul-betul tak sabar nak jumpa Ramadhan..tapi sofia tak nak Syawal..sofia takut..takut sangat..sofia nak berada di bulan Ramadhan selamanya..

    Dikatakan bulan Rejab nih, bulan keampunan..bulan yang penuh dengan keberkatan..jadi, marilah sama-sama mengambil peluang yang ada..selagi kita bernafas..diizinkan Allah swt menikmati nikmatNYA..peluang dariNYA..janganlah kita sia-siakannya..



    0 comments: