Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Kebahagiaan

  • Friday, May 11, 2012
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , ,
  • Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera...



    Bahagia? Siapa tak nak bahagia kan..rasanya tak ada orang kat dunia nih yang tolak kebahagiaan..tapi, pada pandangan sofia ianya sangat subjektif..

    Kenapa sofia kata ianya subjektif...sebab...

    Setiap orang mempunyai impian dan harapan yang berbeza..jadi bila impian dan harapan die tercapai, kat situlah dia akan cakap, dia bahagia dan gembira..betul tak?

    Contohnya, orang yang tiada masalah kewangan dan orang yang mempunyai masalah kewangan melihat orang yang senang nih bahagia..tapi, betul ke dia bahagia? belum tentu..mana tahu dia ada masalah lain..mungkin kesihatan kan..

    Sebab tuh sofia katakan ianya subjektif..



    Sofia ada dengar ceramah daripada Ustaz Azhar..yang mengatakan sebenarnya, dunia nih tempat ujian bukan tempat untuk kita merasa kebahagiaan..kebahagiaan yang sebenarnya adalah di syurga nanti..

    Bagi sofia apa yang dimaksudkan oleh Ustaz, bukanlah bermakna kita kat dunia nih memang tak layak atau tak boleh langsung rasa bahagia..boleh..sangat boleh..tapi bukanlah bersifat kekal..

    Sebab kita sentiasa di uji..ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk kan..mungkin kegembiraan yang sedang kita rasai tuhlah ujian Allah swt..mungkin hendak melihat sejauh mana bersyukurnya kita kepadaNYA setelah segala kehendak kita tercapai...

    Ada ke orang kat dunia nih rasa yang dia tidak pernah sedih? kecewa? yang datangnya dari pelbagai sebab? sofia rasa tak ada..mesti ada..tapi bergantung macam mana seseorang tu handle perasaan die kan?

    Sebenarnya tuh pun ujian..kita sebenarnya sentiasa di uji..sebab tuh Ustaz kata dunia nih bukan tempat kebahagiaan...



    Dan untuk sofia sendiri juga..sofia merasakan perkara yang sama..

    Cuma ruginya..selama 26 tahun hidup, baru sekarang sofia sedar..selama nih sofia hanyut dengan dunia yang menjanjikan perkara-perkara manis..leka..

    Bila sesuatu yang besar berlaku dalam hidup sofia, barulah sofia sedar..subhanallah..

    Namun, sofia tetap bersyukur, Allah swt beri sofia peluang lagi untuk perbetulkan segala kesilapan yang lalu..peluang yang sofia tak tahu sama ada terakhir atau sampai bila..sofia perlu genggam peluang tersebut..cuba untuk tidak meleraikannya..

    Dalam genggaman tuh, perlahan-lahan sofia cuba merasai kebahagiaan..walau pun sedikit..kebahagiaan dengan bersandarkan untuk memperolehi kebahagiaan yang lebih kekal abadi di akhirat nanti..

    "Ya Allah, sesungguhnya hambaMU ini mohon kepada MU ya Allah, kurniakanlah kami hamba-hambaMU rahmatMU yang melimpah, keredhaanMU agar kami semua dapat merasai kebahagiaan yang kekal abadi..Ya Allah, perkenankanlah doa kami ini Ya Allah..hanya padaMU sahaja tempat kami mohon pertolongan dan hanya ENGKAU sahaja yang dapat membantu kami yang lemah ini ya Allah..."



    'Hari pertama di hadapi sendiri setelah sekian lama lebih kurang 13 tahun sentiasa di raikan bersamanya..abang, sofia rindu sangat suara abang yang sering nyanyikan untuk sofia pada saat ini..'



    0 comments: