Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Cinta..Seperti Khadijah

  • Tuesday, May 15, 2012
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , ,
  • Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera...





    Menguji kuatkah cinta di hati

    Kukuhkah ikatan yang terpateri

    Dia menjadi lambang cinta suci

    Kekasih sejati Nabi terpuji



    Peganglah duhai muslimah sejati

    Walau sedikit semangat Khadijah isteri Nabi

    Moga kita mampu memujahadah diri

    Bangkit membela demi cinta Ilahi

    Demi mendapat syafaat Baginda Nabi

    Moga Islam kan terus dijulang tinggi

    Di petik dari artikel

    Betapa agungnya kisah kasih Rasulullah kepada isterinya..cukup untuk sofia jadikan pengajaran..kadang-kadang rasa cemburu betapa tingginya martabat isteri baginda Rasulullah dicintai baginda dengan sepenuh hatinya..

    Baru-baru ni ibu sofia selalu cakap, tak mesti kawan lama tuh kawin boleh kekal abadi..tapi bagi sofia..sofia tetap stick pada pendirian sofia..perkenalan yang lama membuat kita lebih mengenalinya..dan sepatutnya tidak akan timbul perpisahan..

    Tu yang jadi pelik bila kawan punya lama..tapi bila berkahwin, hanya dapat bertahan beberapa bulan..ada yang hanya beberapa hari je bertahan..bagi sofia tu isu diri sendiri..tak perlu tuding jari pada pasangan dulu..check jugak masalah diri kita..

    Kita tidak sempurna..sebab tuh kita perlu pasangan kita untuk sempurnakannya..jadi, kenapa perlu wujud perkataan "sudah tidak serasi?"..Anak dah ramai, baru sekarang nak wujud perkataan tak serasi?

    Sofia tak tahu macam mana orang lain..tapi sofia sendiri sebelum kahwin berkawan dengan suami sofia dalam tempoh yang agak lama..sofia kenal dia dari umur sofia 13 tahun dan hubungan kawan tuh jadi makin erat setelah kami tamat sekolah..

    Dan sepanjang tempoh berkawan, memang ada ujiannya..tapi, alhamdulillah..kami dapat tempuhinya..sampai suami sofia penah cakap, "Harap-harap dah kahwin tiada lagi dugaan untuk kita"..

    Memang pun tiada untuk dia..hanya untuk sofia..

    Suami sofia ajar sofia, anggap setiap dugaan tuh salah satu cara untuk kita lebih rapat..lebih kenal antara satu sama lain..setiap masalah pasti ada penyelesaiannya..Jangan terpedaya dengan hasutan syaitan yang sentiasa ingin merobohkan hubungan perkahwinan..

    Walaupun hampir setahun suami sofia pergi..setiap nasihat..setiap kata-katanya, masih lagi kuat dalam ingatan sofia..insya-allah, dengan kekuatan dari Allah swt, dengan keizinanNYA, sofia yakin, kami akan bertemu kembali untuk kebahagiaan suami isteri..

    Setiap orang mempunyai dugaan setelah berkahwin..dan ini dugaan kami..setiap dugaan pasti ada kebahagiaan..dan kebahagiaan sofia hanyalah apabila kami kembali bersama-sama merasai kebahagiaan yang kekal abadi..insya-Allah..



    0 comments: