Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Berjuang..Kesannya

  • Friday, May 25, 2012
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , , ,
  • Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera...



    Baru-baru nih, sofia ada terbaca satu kisah pasal seorang anak kepada seorang tabligh..sofia nampak kat TL sofia..die sebenarnya post kan kat fb tapi link tuh die post kat twitter..jadi sofia baca..tapi tak dapat nak carik plk link fb tuh..

    Bagi sofia, kisahnya agak menyentuh..sebab sofia dulu, seorang yang kurang setuju apabila seorang yang suami yang keluar meinggalkan keluarganya berhari-hari..

    Dulu, bagi sofia, seperti mereka lupa kepada isteri dan anak-anak..tapi, setelah sofia baca kisah dan ianya merupakan kisah benar yang jadi kat negara kita..kisahnya buat sofia buka mata..



    Kira sofia ringkaskan kisahnya, penulis merupakan anak kepada seorang tabligh..ibunya telah lama meninggal dunia..dan ini menyebabkan ayahnya lah yang memikul tanggungjawab sebagai ayah dan ibu..

    Penulis juga mempunyai dua orang adik..dengan tugas ayahnya sebagai tabligh, ayahnya akan keluar rumah dalam 3 hari seminggu untuk laksanakan tanggungjawabnya..

    Penulis sekeluarga tahu tanggungjawab ayahnya..tapi, ayahnya tidak pernah langsung abaikan mereka adik-beradik..sehingga mereka berjaya..

    Time penulis tulis kisah nih, dikatakan ayahnya telah pun meninggal dunia..dan sewaktu meninggal dunia tuh, segala kos pengebumian dan tahlil semua ditanggung oleh seseorang yang tidak dikenali..ini kerana, sewaktu ayah dia meninggal dunia, tetamu yang datang menziarah, dari pelbagai pelusuk negara..

    Dan dikatakan, sewaktu memandikan, ada pakcik yang menegurnya, ayah die sedang tidur dan mereka bau minyak tar yang selalu digunakan ayahnya sewaktu hendak ke masjid..

    Sewaktu kebumikan, liang lahad yang untuk diisi seorang dapat muat sampai beberapa orang untuk menurunkan ayahnya..



    Dulu, sofia kurang sependapat dengan lelaki tabligh..bagi sofia, macam mana die buat kerja luar tapi tidak sentiasa bersama keluarganya..macam mana nak kawal budak-budak jika tidak dipantau..

    Tuh dulu sofia punya tanggapan..

    Tapi setelah, sofia baca kisah penulis nih..buat sofia buka mata dan sedar..kenapa sofia boleh tergamak cakap macam tuh..sama je sebenarnya dengan kehidupan realitinya..

    Kite kan sering kene outstation..kerja luar yang buatkan kiter terpaksa bermalam bukan di rumah kite..tapi kenapa sofia masih boleh terima ekk sedangkan tabligh juga seperti melakukan perkara yang sama..

    Keluar hanya beberapa hari untuk tanggungjawabnya..padahal, kerja dan tanggungjawab yang dilakukan oleh tabligh nih lagi mulia dari pekerjaan outstation yang kita buat agaknya..

    Ya Allah, ampunkan sofia ya Allah...kerana telah berprasangka yang tidak baik terhadap hambaMU yang sebenarnya lebih tinggi darjatnya dari aku..



    Sedikit-sedikit, sofia rasa jalan sofia dibukak kan..dan dipernampakkan..sofia bersyukur sangat-sangat ke hadrat Ilahi kerana membantu sofia untuk terus melihat kebenaran..

    Walaupun kadang-kala ianya bukanlah khusus pun ditujukan buat sofia, tapi sekali terpandang ke terbaca cukup buat hati sofia berfikir dan tersentuh mengenainya..

    Jika ini yang dikatakan hidayah, Ya Allah, betapa bersyukurnya sofia rasa...rasa seperti luahan rasa bersyukur tidak cukup dengan nikmat dan hidayah yang diberikan..

    Ya Allah, berikanlah kami petunjuk ke jalan yang benar..agar kami sentiasa berada disisimu ya Allah..jadikanlah setiap kebajikan yang kami lakukan ini dapat mendekatkan lagi kami kepada MU ya Allah...

    Cerita yang sofia share nih bukan lah 100% copy paste dari apa yang ditulis, tapi review sofia sendiri setelah membacanya..sorry tak dapat kasik link sebab tak jumpa linknya..



    *All pictures credited to Google *



    0 comments: