Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Sentiasa Di Bibir

  • Thursday, March 1, 2012
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , , ,
  • Assalamualaikum...



    Sekarang nih dah melekat dah kat mulut sofia lagu Allahyarham Sudirman ni..lagu yang tajuknya Terasing Luka nih..sebelum nih pun sofia ada share kan juga pasal lagu ni..lirik yang penuh dengan makna yang amat mendalam..

    Dalam kereta pun play lagu yang sama..sampai adik sofia cakap, 'Ala..asyik lagu ni je....'

    Dah asyik la play lagu Allahyarham..mana tak melekat kat mulut asyik nak nyanyi lagu nih je..

    Sebelum ni, sofia share kan sekali video die..tapi kali ni sofia share kan lirik die pulak..


    Kegelisahan didalam kedinginan
    Meniti sepi keseorangan
    Sebuah kematian yang tiada bernisan
    Sendu mengiringi perpisahan

    Ruang nan luas diri bergerak bebas
    Namun keupayaanku terbatas
    Segala mimpi menjadi asing
    Perit membakar diri

    Sebuah cinta dan harapan
    Menjadi mimpi berterbangan
    Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
    Amat tersiksa diriku
    Kerana kehilanganmu

    Oh mengapakah terus mengharap menanti
    Walau cukup kusedari
    Kau tak kan kembali

    Pemergianmu mengisi kekosongan
    Biarpun dikau masih kuperlukan
    Kita dikatakan pasangan bahagia
    Kini terasing luka

    Bila dengar lagu nih sambil tengok gambar sofia dengan suami sofia..memang menyentuh hati sofia..memang kitorang sangat-sangat bahagia sehingga sofia leka dan tidak sedar boleh terjadi perpisahan antara kami..sofia terlalu leka dan tamak kerana lupa bahawa kami adalah hak Allah swt..suami sofia hak Allah swt..Allah swt lebih berhak ke atas suami sofia lebih dari keluarganya..apa ntah lagi sofia yang sungguh jauh haknya..





    Susahnya untuk luahkan apa yang sofia rasa..sekali pun di blog sendiri..tak mampu untuk menaip..setiap kali ingin menaip luahan hati, setiap kali juga la air mata nih tak berhenti mengalir..insya-allah, dengan izin Allah swt, sofia yakin, sofia pasti dapat bertemu balik dengan Mohd Syukri dan kemabli merasai kebahagiaan kami bersama..

    1 comments:

    nUR_rOsALiNdA said...

    Sofea,
    Tabahkan hati ye dear..
    Banyakkan doa dan sedekah Al-Fatihah..Semoga rohnya dicucuri rahmat..AMIN!!!~