Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Santapan Rohani #1

  • Thursday, March 15, 2012
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , ,
  • Assalamualaikum...



    Kali nih sofia nak share berkenaan makanan untuk rohani kita..bukan badan kite je yang perlukan makanan, vitaman bagai semua..tapi, jangan juga kita lepas pandang untuk hati kita..sesungguhnya, hati tuh la nadi untuk segalanya..jika baik daging itu, maka baiklah kita, jika busuk daging tu, maka buruklah kita..

    Untuk sofia sendiri..masih bertatih dalam mencari santapan rohani..agar hati sofia sentiasa tunduk akan kekuasaan Allah swt..kita nih hanya hamba-NYA yang hina..hanya pada-NYA jua la tempat kita mohon pertolongan dan kebaikan..

    Kita, manusia..fitrah..sentiasa lupa dan mudah leka..jadi, dengan mendapatkan sesuatu untuk rohani kita..Insya-Allah, Allah akan bantu kita lebih kuat dalam menghadapi segala ujian-NYA..


    Namun,waktu dan ketika yang dipilih oleh Allah untuk sesuatu doa itu diperkenankan,hanya dalam ilmu Allah. Kadang-kala dilewatkan atas hikmah yang Dia Maha Mengetahui,dan insan yang berdoa juga biasanya akan tersingkap hikmah tersebut apabila tiba masanya.
    Sehingga apabila tiba waktu doa itu ditunaikan Allah, baru kita akan merasa betapa beruntungnya kemustajaban itu hadir pada waktu tersebut.Maka jangan putus asa dalam berdoa.

    Sabda Nabi s.a.w : "Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah. Mereka bertanya: Apa itu tergopoh-gapah ?. Baginda menjelaskan : Orang yang tergopoh-gapah apabila dia berkata aku sudah berdoa! aku telah pun berdoa! tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa"(Riwayat Muslim).

    - sumber : ILuvIslam



    Jadi, janganlah kita putus asa dalam berdoa..dan berdoalah dengan yakin bahawa Allah akan sentiasa bersama kita dan hanya Allah jualah yang akan membantu hamba-NYA yang dalam kesusahan..

    0 comments: