Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Mereka Tiba Sudah

  • Friday, March 16, 2012
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , ,
  • Assalamualaikum...



    Akhirnya, adik-adik sofia sampai dah Putrajaya Rabu malam..tawakal jelah macam mana nak bawa budak-budak ni jenjalan..yelah, sebelum ni sofia kan penah bagitau ada halangan atas apa yang telah dirancangkan..kita hanya mampu merancang..tapi Allah swt juga lah yang menentukan segalanya..


    Apa pun yang berlaku sofia dah nampak hikmahnya atas apa yang telah Allah tentukan atas apa yang sofia rancang bersama dengan adik-adik sofia..Insya-Allah, nanti akan datang sofia akan share apa hikmahnya..

    Even tak dapat cuti, sofia still dapat spent time dengan adik-adik sofia..lagi la semalam baru je start Hot Balloons tuh..bawalah diorang ke sana..

    Gambar time kat situ tak de pulak sebab budak-budak ni bergambar guna Instax..so, nanti sofia kumpulkan semua gambar-gambar tuh pastu baru post kan kat sini..aishh dah macam ni, rasanya, digital jugak yang terbaik..


    Kalau nak ikutkan, parents sofia tak dapat datang sebab ada urusan mereka la..so, adik-adik sofia jelah yang datang..and they should came here by bus..tapi, atas keadaan zaman sekarang yang tidak selamat berada di mana sahaja, ayah sofia tak kasi langsung diorang tuh naik bus..lagi la si Iqa ngn Chibby ni.. (anak kesayangan...hehe :P)

    So, end up abang diorang yang antar..abah suruh Haziq antar budak dua orang ni..nak ikutkan abah tuh tak kasi rasanya..tapi sebabkan Chibby tuh dah merenget kot..akhirnya abah tewas dengan pujukan Chibby juga..


    Haziq tuh kalo boleh dia tak nak duduk kat Putrajaya tuh..lepas hantar tuh dia nak balik Muar balik..ibu abah tak kasi..suruh tunggu juga sampai weekend nih..haha..

    Dan ini menyebabkan, parents sofia buat lagi satu keputusan mengejut..mereka akan datang putrajaya naik bus lepas urusan mereka setle nanti..

    Hehehe..serious tak percaya..sebab abah tak pernah naik bus..kitorang semua terkejut..


    Time diorang sampai Putrajaya..cousin sofia, Mimie pun ada..so, malam tuh..memang happening la kan kat rumah..semua ada..sofia rasa banyak kali juga mulut sofia ni bising bagitau signal-signal diorang, 'eah, agak-agak la weyh nak gelak pun..orang sebelah menyebelah dengar kang..'

    Budak-budak nih bila dah berkumpul memang tak hingat ape..dan ni termasuklah sofia sendiri..rasa lama sangat tak berkumpul macam ni..almaklumlah, rasanya dah dekat sebulan juga tak balik hang out ngan adik-adik macam ni kan...

    Tapi, akibat ini..ada juga yang tak baiknya..sebab keesokkannya, sofia tak berapa sihat..dan buat pertama kali sepanjang kerja di Putrajaya..first time sofia amik MC..


    Kalau suami sofia ada..for sure lagi seronok..suami sofia memang dah biasa dengan adik-adik sofia nih dari awal lagi..nak-nak apabila family sofia pergi haji..dan suami sofia pulak, merasakan dia sebagai abang kepada adik-adik sofia..cara dia buatkan adik-adik sofia betul-betul bergantung kepada dia bukan sebagai abang ipar tapi sebagai abang diorang sendiri..

    Adik-adik sofia sendiri pernah bagitau..cara abg syuk tuh lain sangat..seronok sangat time abg syuk ada..




    Kalau dah adik-adik sofia sendiri rasa macam ni...apa ntah lagi sofia yang betul-betul berharap pada dia sebelum ni..Al-Fatihah buat Mohd Syukri Hj Ahmad..