Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Diri Ini Hina

  • Tuesday, March 6, 2012
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , ,
  • Assalamualaikum...



    Di saat masa yang berlalu dengan pantas..sambil sofia menghitung hari..insya-allah, hari ini adalah 258 suami sofia bersama Maha Pencipta..

    Sekejap je, dalam 107 hari lagi, genaplah setahun suami sofia di sana..

    Hanya doa sofia yang mampu sofia kirimkan buat abang di sana..


    Pagi nih, sofia masuk kerja macam biasa..first thing, check email..tapi amat-amat terkejut sangat sofia sampai tahap menggigil menahan rasa apabila dalam inbox sofia, sofia nampak sender 'Syukri Ahmad'..

    Subhanallah..

    Sofia ini hanyalah hambaMu Ya Allah..HambaMU yang amat lemah lagi hina..sofia terima dan sofia redha atas ujianMU ya Allah..jika ujianMU ini mampu mendekatkan lagi diri ini kepada MU ya Allah..

    Menggigil mencari kekuatan agar juraian air mata ni tidak dikesan oleh rakan-rakan di pejabat..sofia tak mahu orang tahu apa yang sofia rasa..tiada siapa yang tahu macam mana sofia menanggung rasa ini selama ini melainkan Allah swt..dan bagi sofia, biarlah hanya Allah swt sahaja yang melihat keadaan sofia sebenarnya..

    Email yang sofia terima tuh buat sofia rasa rindu sangat-sangat kepada suami sofia..tak mampu lagi nak bayangkan dengan kata-kata macam mana sofia betul-betul rindukan suami sofia..rindu tuh tak pernah berkurang malah setiap hari, rasa tuh makin bertambah..sehinggakan setiap kali bangun tido, suami sofia lah yang pertama sofia ingat..

    Semakin sofia cuba untuk kuat, semakin itulah dugaan Allah swt menjengah..insya-Allah, mungkin inilah cara sofia untuk menjadi lebih kuat..who knows kan..Allah Maha Mengetahui lebih daripada kita hambaNya..

    Kita hanyalah hambaNYA yang lemah dan hina..hanya pada Allah lah tempat kita bergantung



    Letakkan hanya cinta Allah swt di dalam hati, cinta suami digenggaman. Supaya bila dia pergi dulu, dia dapat kita lepaskan dengan mudah. Redha dgn ketentuanNya. Ketahuilh Allah swt sesungguhnya yang Maha Kekal dan akan sentiasa bersama kita.


    Al-Fatihah

    2 comments:

    nik rosmawati said...

    Al-fatihah..moga awak tabah.
    berat dugaan awak

    Isteri kepada Suami said...

    terima kasih..

    Allah Maha Mengetahui segala yang ditentukan.. ^_^