Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Surah Al-Kahfi

  • Friday, February 3, 2012
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , , , ,
  • Assalamualaikum...


    Sejak beberapa minggu nih, hati sofia memang rasa sedih ngan sayu sangat..tak tahu la kenapa..tapi sofia rasa putus asa yang teramat sangat..putus asa untuk bernafas di muka bumi Allah swt ini..

    Betapa jahilnya sofia rasa..sampai sofia sanggup memikirkan untuk memaksa diri bertemu dengan Allah swt atas kerana terlalu merindui..sofia sendiri confused..rindu kepada Allah swt atau rindu kepada suami sofia..sehingga pernah terfikir kenapa agama kita larang kita bunuh diri padahal sofia dah memang tahu jawapannya..




    Tapi, alhamdulillah..dalam pada hati mencari-cari sinar..hati ini mencari arah tujuan yang harus dilalui..Allah swt telah membantu sofia..

    Ya Allah, sofia rasa bersalah sangat..Allah swt masih lagi mahu membantu hambaNYA yang jahil ini..subhanallah~

    Hati sofia tergerak untuk buka satu blog mengenai Surah Al-Kahfi iaitu School of Life

    Sofia pernah cakap dengan adik sofia, kita belajar tinggi mana pun..hebat mana pun sijil degree atau master atau phd kita..ilmu yang sebenarnya penentu kejayaan kita adalah ilmu kehidupan..macamana kita nak tentukan perjalanan kehidupan kita..simpang mana harus kita ambil..

    Blog School of Life banyak bantu sofia..sebelum ni memang pernah dengar keistimewaan surah ni..even sofia ada banyak terjemahan ayat nih, tapi sofia masih kurang nak faham betul-betul terjemahannya..

    Dalam blog School of Life terbahagi kepada 4 kisah dimana setiap kisah mempunyai value yang tersendiri yang disampaikan iaitu Kisah Ashabul Kahfi (konsep aqidah), Kisah Pemilik Dua Kebun (konsep harta), Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidhir (konsep ilmu), Kisah Zulqarnain (konsep kuasa)..

    Kalo hanya membaca kisah-kisah ni dalam Al-Quran, sofia hanya rasa seperti baca buku cerita..tanpa sofia sedar ada makna tersirat di sebalik kisah-kisah ni semua..baru sekarang sofia nampak apakah makna-makna yang tersirat di sebalik terjemahan ayat-ayat dalam surah Al-Kahfi..

    Dan alhamdulillah, dengan makna tersirat ini, banyak bantu sofia untuk rasa lebih kuat dan sabar dalam menempuh ujian yang Allah swt telah berikan kepada sofia..bagi sofia, kehilangan suami sofia merupakan satu dugaan yang amat besar..yang memang sofia sendiri tak nampak dimanakah kemampuan sofia untuk menghadapinya..

    Namun, Allah swt Maha Kaya, Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui segalanya..

    Dan hanya kepadaNYA lah sofia berserah...

    0 comments: