Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

My Quality Time #2

  • Wednesday, February 8, 2012
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , ,
  • Assalamualaikum...



    Minggu kedua untuk bulan Februari..ari pertama bekerja untuk minggu ini..sekejap je dah masuk minggu kedua Februari..masa berlalu dengan amat pantas..tanpa kita sedar..kita juga sedang hampir ke pertengahan tahun..masa berlalu tanpa kita sedari ntah apa yang kita dah buat sepanjang masa yang berlalu..

    Cuti kali ni, merupakan cuti terakhir untuk kitorang yang bekerja under Wilayah Persekutuan..lepas ni dah susah la nak rasa public holiday..rasanya lepas ni cuti public pada Mey nanti..sempena Hari Buruh..

    So, masa dan peluang yang ada nih, sofia tak sia-siakan dengan luangkannya untuk family sofia..siapa lagi kan..bagi sofia, memang masa yang terbaik dan berkualiti adalah bersama family..family adalah segalanya bagi sofia..tapi, lagi seronok rasanya bila waktu itu diluangkan juga bersama suami..memang terbaikkk~~


    Kali nih family sofia sekali lagi berkumpul..semua sekali ada..memang seronok..berjalan..makan..semuanya bersama..Sofia rasa Chibby la yang paling excited bila semua akak-akak dan abang dia ada bersama..Chibby yang kecik tuh pun tahu apakah quality time..tiada yang dapat menandingi daripada masa bersama keluarga..

    Bila dah ramai-ramai nih, umah memang macam apa dah..nasib baik jiran-jiran dah biase dengan keadaan family kitorang yang riuh-rendah bila dah berkumpul ramai-ramai nih..semua sedia maklum..

    Iqa cakap, kalo ari biasa..adik-adik sofia yang tinggal kat umah tuh semua pun bz juga..masing-masing dengan urusan memasing..dengan tusyennya..kerja sekolahnya..masing-masing punye jadual memang pack..tuh pun weekend masing-masing ada juga yang tusyen atau aktiviti luar..

    So, bila cuti panjang macam ni la..memang yang terbaik untuk kitorang semua satu family berkumpul..

    Sampaikan time adik-adik sofia yang perempuan buat cupcakes..adik-adik yang lelaki pun joined jugak..even tak lah 100% masa diorang kat dapur..tapi ade juga muncul kejap-kejap..tapi Chibby tak la..hampir 98% masa die kat dapur time buat cupcakes..

    Seronok sangat..bukan senang kitorang nak rasa berkumpul macam ni...bila ada peluang memang tak akan dilepaskan..


    Dalam masa seronok bersama family, hati sofia tetap sayu..tak tahu dah macam mana lagi sofia nak atasi bila masuk soal hati nih..bukan sofia tak usaha..sofia tetap usaha untuk kawal perasaan nih..

    Memang perit..payah nak atasi..bagi sofia nih la dugaan Allah swt buat sofia..dugaan yang besar..yang kadang-kadang buat sofia rasa betul-betul putus asa untuk terus menghadapinya..

    Lagi pulak bila berkumpul ramai-ramai..mata nih kadang-kadang mesti rasa nak mencari bayang suami sofia..telinga nih mesti rasa nak dengar sayup-sayup suara suami sofia..tapi semua tuh susah..sofia tak dapat nak rasainya..








    Hanya Allah swt jualah yang Maha Mengetahui..betapa diri ini benar-benar rindukan suami sofia..

    0 comments: