Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Kini Terasing Luka

  • Monday, February 27, 2012
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , , ,
  • Assalamualaikum...



    Minggu nih, kebanyakan TV ke radio banyak yang mainkan kembali lagu Allahyarham Sudirman..dari Sabtu malam sampai lah ke konsert Jom Heboh, semuanya mainkan lagu Allahyarham Sudirman..bagi sofia lagu-lagu Allahyarham memang sedap..kalau dulu, sofia paling suka dengar lagu beliau waktu bulan puasa nak raya..apa lagi kalau bukan lagu Balik Kampung tu..bagi sofia kalau tak dengar lagu Balik Kampung tu, macam tak rasa nak raya lagi..masih lama lagi nak raya..tapi bila dah dengar..rasa tak sabar dah nak raya..

    Tapi, tuh semua dulu la..waktu suami sofia ada lagi..memang sentiasa seronok n bahagia je bila nak celebrate apa-apa..excited sangat! apa pun yang sofia buat dengan suami sofia memang sentiasa buat rasa bahagia teramat sangat..

    Balik pada lagu Allahyarham Sudirman..sekarang nih, bila sofia dengar lagu-lagu beliau..sofia lebih untuk amati lirik-lirik lagu-lagu beliau..memang tersentuh lirik-liriknya..

    Antaranya, lagu terasing nih..korang try dengar n amati lirik die..

    Lirik die buat sofia rasa sayu + sedih sangat..dan bagi sofia, lagu Terasing ni la buat sofia untuk suami sofia..kalaulah die tahu apa yang sofia doa, apa yang hati sofia rasa..kalau la dia still boleh dengar suara sofia..

    Tapi tuh semua..hanyalah harapan je..mungkin die sedang berasa bahagia berada di tempat baru..

    "Sebuah cinta dan harapan
    Menjadi mimpi berterbangan
    Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
    Amat tersiksa diriku
    Kerana kehilanganmu"

    Memang terseksa sangat..sangat sebenarnya bila kita kehilangan orang yang kita sayang..kehilangan suami sofia bukan hanya hilang seorang suami, tapi lebih kepada sofia hilang sokongan, hilang sahabat, hilang abang dan macam-macam lagi..sofia memang betul-betul rasa kehilangan..

    Tapi, kerana sofia ada Allah swt, sofia cuba untuk hadapi semuanya, kerana sofia yakin, sofia akan bersama balik dengan suami sofia..

    0 comments: