Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Firman-NYA

  • Friday, January 6, 2012
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , , ,
  • Assalamualaikum...



    Sofia terbaca terjemahan dari surah Ibrahim, ayat 22 yang menyatakan bahawa:

    Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: “Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya”. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.

    Selanjutnya atau lebih detail boleh ke alquran-melayu, kat sini ada terjemahan untuk semua surah dalam Al-Quran.



    Lepas sofia baca terjemahan ayat 22 nih, bagi sofia, nanti bila kita di hari pembalasan, sewaktu masa perhitungan..kata-kata dari syaitan dalam ayat 22 nihlah akan ia ucapkan kepada kita..dan apabila membayangkan kata-kata syaitan tuh, sofia sure sangat yang kita akan rasa menyesal waktu tu kenapa kita tak kukuhkan benteng pertahanan kita dari mendengar ajakan syaitan..

    Ayat yang paling terkesan buat sofia ialah'..lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu..'

    Betul, setiap apa yang kita buat di dunia ini adalah tanggungjawab kita..tapi, apabila kita buat jahat atau lihat orang lain yang buat jahat, kita akan cakap lebih kurang ayat yang seangkatan dengan ni 'tuh sebab ikutkan hasutan syaitan la tuh..'

    Kita akan salahkan syaitan bukan..padahal kita yang pilih untuk ikut apa yang dihasut..

    Hasutan syaitan nih memang terlalu halus..kadang-kadang kita tak sedar kita telah ikut seruannya..sebab tuh dalam terjemahan ayat tuh, mengatakan kita terburu-buru ikut hasutannya..

    Sofia baru teringat, ada sebuah entry kat blog mana sofia tak ingat pasal tanda-tanda masuk neraka ke perkara yang dosa..sofia tak berapa ingat tajuknya, tapi yang memang sofia ingat, Islam larang kita terburu-buru..

    Tapi sofia tak berapa faham masa tuh kenapa diletakkan terburu-buru..tapi bila baca terjemahan nih..sofia barulah rasa jelas sikit dan nampak..bahawa terburu-buru tuh sifat syaitan...

    Jadi lepas ni, apabila nak buat sesuatu tuh, kita perlu lah fikir betul-betul tindakan tersebut..baik buruk dia..akibatnya..sofia sendiri akan cuba amalkan lepas ni..sebab sofia pun selalunya buat sesuatu dengan tindakan terburu-buru..dan yang penting..bila ingatkan ayat syaitan yang mengatakan jangan salahkan dia dan kita yang nak ikut hasutan dia..buat sofia kena fikir banyak kali untuk buat sesuatu perkara..







    Sofia harap Allah swt permudahkan kita semua hamba-hambaNYA melawan hasutan syaitan dan kita sentiasa dilindungiNYA..

    0 comments: