Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

AJL Kisah Hati - Kenangan Bersama

  • Tuesday, January 31, 2012
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , ,
  • Assalamualaikum,




    Hari Ahad 29 Januari sure ramai yang tengok AJL tuh kan..performance masing-masing memang hebat..nyanyian + persembahan diorang semua memang hebat bagi sofia..sure la kan..diorang semua tuh dah boleh kategorikan penyanyi yang berjaya..

    Bila tiba masa Alyah nyanyi lagu Kisah Hati tu, sofia tak la terlampau sedih macam sebelum nih bila sofia dengar lagu nih, sure akan nangis..terlalu sayu dan pilu sangat bila dengar lirik lagunya..

    Awal-awal persembahan Alyah sofia ok..no prob dengan persembahan die..suara Alyah memang sedap..


    credited to Facebook TV3

    Tapi bila hampir ke penghujung lagu tuh.,baru la nampak gimik persembahan Alyah dengan kemunculan Remy Ishak..

    Kat sini hati sofia tersentuh sangat..sedih..sofia tak mampu nak tahan air mata nih dari mengalir..

    Kehadiran Remy dengan lirik lagu + persembahan Alyah yang seolah-olah, Alyah dan Remy terpisah oleh dunia yang berbeza..tapi Remy masih dapat melihat Alyah..tuh yang buat sofia sayu sangat..

    Sofia terbayangkan suami sofia sekarang nih..kitorang yang terpisah dengan dunia yang sama sekali lain dan berbeza sangat-sangat..tapi suami sofia masih lihat keadaan sofia..sofia rasa dia juga sedih kalau die tengok keadaan sofia..dan sofia rasa dia sure tahu sebab apa sofia sedih macam ni..

    Sofia juga rasa yang suami sofia sure sedih dengan keadaan kitorang sekarang..tapi tiada kuasa yang mampu melawan kuasa Allah swt..kita hanyalah hamba yang lemah ini tidak mampu buat apa-apa..hanya redha di atas ketentuan yang ditetapkan..pasrah di atas segala yang berlaku..

    Tapi, hati sofia masih lagi tak mampu nak atasi kesedihan ni..setiap kali bangun pagi, sofia akan terasa, sehari lagi kehidupan ku tanpa suamiku hari ini..sampai bila sofia nak tahan rasa yang sofia pikul sorang-sorang ni? setiap hari..setiap kali bangun pagi..memang inilah ayat sofia..

    0 comments: