Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Tanpamu

  • Tuesday, December 13, 2011
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , , , ,
  • Assalamualaikum...


    Sofia sekarang lepas isyak rajin tengok drama kat tv9 tuh..sebab 8tv citer Gumiho tuh sofia dah ada source nye..jadi tak lah tengok sangat..kadang-kadang jela bila iklan, sofia tukar 8tv..

    Karma..sebuah drama yang menceritakan kisah hidup bermadu dua orang isteri..bila tengok citer nih, ada part yang isteri pertama die tinggi suara kat suami dia..padahal suami dia tengah sakit dalam ICU nih..boleh pulak si isteri dia nih marah-marah sebab tak bagitau awal-awal..

    Sofia sedih sangat tengok isteri yang layan suaminya macam tuh..tak kan dia tak tahu mana letaknya syurga seorang isteri? Sofia tersentuh tengok isteri yang melayan suami dia macam tuh..pilihan berkahwin tuh bukan ke atas pilihan kita masing-masing, tapi kenapa bila dah kahwin..dah ada anak besar-besar nak melayan antara satu sama lain macam tu?

    Ye, mungkin sebab dalam citer tuh, sebagai tanda memberontak..protes pada suami dia yang kawin lagi satu..tapi, pada sofia dia apa pun..suami die tetap dah kawin pun..nak marah pun tak guna..lagi tambah dosa adelah..yela..mungkin, orang akan cakap sofia bukan pada situasi isteri pertama tuh..boleh la sofia cakap..tapi cuba pilih, antara situasi sofia yang kehilangan suami saat di awal perkahwinan dengan situasi di madukan..mana korang akan pilih?

    Setiap orang mungkin ada pilihan dan alasan mereka sendiri..sebab mereka sendiri yang akan berhadapan dengan situasi masing-masing..cuma bagi sofia, hargailah pasangan korang..bukan senang kita nak hadapi apabila mereka tiada lagi kat sisi..pada siapa kita nak berbual..pada siapa kita nak bercerita..pada siapa kita nak masakkan makanan kegemarannya?tiada lagi tuh semua bila mereka dah tiada...


    Bila tengok drama Karma nih, sofia dengar ost die..lagu Ella..first time sofia amati lirik lagu Ella nih..lirik yang seakan-akan menggambarkan perasaan sofia ketika ini...nak tahu lagu liriknya:

    Jika Berulang Kali Kumencuba
    memujuk Hati
    lupakan Semua
    kenangan...

    namun Mimpi Bertemu Lagi
    di Saat Engkau
    tiada Di Sisi...

    ku Berpegang Pada Janji
    tercipta ... Antara Kita Dulu
    hilangmu Tiada Berganti
    biarlah ... Begini

    ku Belayar Di Lautan
    tidak Bertepian
    sesekali Disedarkan
    ombak Yang Mendatang
    aku Seperti Hilang
    punca Arah Dan ... Tujuan

    aku Puisikan Namamu
    bersama Rindu
    di Dalam Sendu ...

    Memang sofia rasa sekarang nih sofia macam kat tengah-tengah laut..yang sofia tak tahu nak ke mana..sebab nakhodanya dah tak de..sofia tak tahu..hanya bergantung kepada Allah swt..pada Allah swt juga sofia serahkan nasib sofia..

    1 comments:

    Mama Mirza said...

    sabarlah adikku... semoga hasratmu tercapai untuk bersamanya.. :)