Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Pilihan Siapa

  • Monday, December 12, 2011
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , , ,
  • Assalamualaikum...


    Weekend lepas sofia tak balik Muar..adik sofia Azirah datang dari Muar lepas paper SPM dia habis..dan adik sofia syaza dari UKM lepak dengan sofia kat sini..weekend yang ke sana sini..

    Bermula dari jumaat malam, budak-budak nih nak tengok wayang..sofia layankan jelah..plan nya nk tengok Twilight tapi untuk midnight kat Alamanda hanya ada 2 movie je iaitu Ombak Rindu, Datin Ghairah..Ombak Rindu, movie yang tengah naik sekarang ni..ada 4 bilik tayang movie nih untuk midnight..giler arr ramai yang tengok..setiap bilik penuh pulak tuh...

    Sofia rasa kalo bukan midnight, sofia berani tak joined budak2 nih tengok wayang..sofia prefer buat benda lain dari tengok Ombak Rindu nih..tapi sebab midnight..tak tahu nak buat apa dan kemana..sofia ikut je planning budak2 nih..kedai-kedai pun dah banyak tutup..Mc D siap signal tutup aircond untuk halau customer die..signal yg diorang nak tutup dah..

    Citer Ombak Rindu nih..sofia memang tak mahu untuk menontonnya..lagipun sofia dah baca novel nih..sofia baca novel nih sewaktu di awal perubahan hubungan sofia dengan suami sofia..dari kawan biasa kepada yang luar biasa..tuh la antara sebab sofia tak nak tengok citer tuh..menonton slot filem tuh seolah ianya mengimbas balik kenangan sofia dengan suami..perubahan dari panggilan diri, awak kepada abang..dan suami sofia panggil sofia syg..kelakar sangat masa mula-mula nak tukar panggilan nama tuh..yelah..dah lama, dah biasa guna saya awak..

    Sofia rasa mata sofia je kat depan tapi tuh pun rasanya tak lah 100% masa tayangan tuh sofia ngadap screen..dan kepala sofia lebih kepada mengimbas kenangan sofia sendiri dari menonton cerita tuh..terus terang sofia katakan..sofia betul-betul rindu yang teramat sangat dengan suami sofia..susah sofia nak luahkan kepada sesiapa apa yang sofia rasa selama nih..lama sofia pendam..sofia pendam dan sofia kalau boleh tak nak cakap kat siapa-siapa pun sakitnya menanggung rindu nih..


    Air mata nih masih lagi susah untuk kering..bukan sofia tak terima takdir..bukan sofia melawan takdir..sofia tahu takdir telah pun ditetapkan..dan sofia sebagai hambaNYA kena terima sebulat hati..tapi dalam penerimaan takdir nih la..buat sofia hanya mampu mengalirkan air mata daripada kata-kata..sebab tiada kata-kata yang dapat gambarkan perasaan sofia..

    Sekurang-kurangnya sekarang ni, sofia tidaklah menangis hari-hari..sofia cuba bertahan untuk elakkan dari turunnya air mata nih..tapi, bila satu tahap sofia tak mampu nak tampung..tak mampu nak pikul rasa sedih nih..ia tetap akan turun..turun dengan lebat sekali..seperti hujan di waktu kemarau..sekali hujan..ia akan turun dengan amat lebat..

    Susah + Perit + Sakit..bukan orang lain yang tanggung..tapi sofia sendiri yang tanggung..sofia sorang je yang rasa..kadang-kadang sofia terasa yang sebenarnya, suami sofia tuh macam masih ada lagi..

    Hari tu, bulu mata sofia jatuh..orang kata..kalau jatuh tuh maknanya ada orang rindu kat kite..dulu sofia tak percaya benda macam nih..cuma bila ia gugur..sofia teringat plak pasal quote orang dulu-dulu tuh..mesti suami sofia rindukan sofia sangat-sangat..sofia pun rindu kat die..sangat-sangat rindukan die..insya-allah, sofia sentiasa berdoa yang kami dipertemukan kembali..tuh la impian sofia sekarang..


    Bila dengar OST Ombak Rindu nih, ada part yang macam lebih kurang kisah sofia dengan suami sofia:

    Malam kau bawalah rinduku
    Untuk dirinya yang jauh dari ku
    Agar dia tidak kesepian
    Selalu rasa ada cinta agung

    Hujan bawa air mata ku
    Yang mengalir membasuh luka ku
    Agar dia tahu ku terseksa
    Tanpa cinta dia di hatiku

    Hanya mampu terserah
    Moga cahaya di penanti

    Kerna ku tak sanggup
    Kerna ku tak mampu
    Hidup tanpa dia di sisi ku

    Tapi, sofia tetap akan berusaha untuk bertahan..terus bertahan kerana ini pilihan sofia..sakitnya biarlah kat sini je..dan di akhirat nanti, sofia berharap sofia merasai kebahagiaan bersama dengan suami sofia..

    0 comments: