Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Masa

  • Friday, December 23, 2011
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , , , , ,
  • Assalamualaikum...


    Begitu cepat masa berlalu..2011 bakal menutup tirainya tak lama lagi..pelbagai memori mula terkenang bermula dari 1 Januari 2011 sehingga ia melabuhkan tirainya nanti yang tinggal seminggu lebih je lagi..

    Tahun 2011 yang boleh dikatakan pelbagai memori dalam ingatan sofia..yang suka..yang bahagia termasuklah yang sedih yang telah melenyapkan segala kebahagiaan yang sofia rasai tahun ini dan mungkin juga akan tetap di bawa ke tahun-tahun akan datang..sehinggalah umur sofia yang melabuhkan tirainya..

    Sofia tahu, orang akan cakap sofia tak boleh terus bersedih macam ni..seksa diri suami sofia kat sana..yer betul..tapi sofia tak boleh nak lepaskan rasa sedih ini dan memang bukan niat sofia untuk seksa suami sofia tapi, dengan rasa sedih inilah sofia akan sentiasa berdamping dengan Allah swt..membantu sofia untuk terus melakukan amalan suruhanNYA agar apabila tiba masa sofia mengadap Allah yang amat sofia rindui, sofia telah bersedia segalanya..dan sofia nak berada dalam keadaan mode standby..sebab tu sofia tak nak lepaskan rasa sedih ini..

    Perasaan sedih ni tak seksa diri sesiapa pun cuma apabila dalam hendak bertahan tuh, itu yang sofia perlukan kekuatan dari Allah swt agar terus kuat untuk terus berhadapan dengan dugaan yang diberikanNYA ini..insya-allah, sofia lebih selesa dengan macam ni sekarang nih..biarlah air mata nih mengalir hari-hari jika ini dapat membuat sofia terus berada di sisi Allah swt..

    Dan even sofia sedih pun, sofia still dapat jalani kehidupan seharian termasuklah bekerja..cuma apabila seorang kat rumah, dan sofia selesa sangat seorang diri..tuh merupakan waktu sofia berehat dan masa untuk sofia luahkan segala yang terpendam dalam hati ini kepada Allah swt..bagi sofia, lagipun bila dalam kubur nanti, kita tetap hidup seorang kan..

    Sekaran nih pun sofia dah boleh tidur dengan gelap..kalau tidak dulu, pasti sofia tak boleh tido bila lampu dah tutup..ngantuk macam mana pun..sure terus hilang ngantuk tuh bila tutup lampu..tapi sekarang alhamdulillah..sambil tuh sofia membayangkan satu hari nanti dalam kubur inilah suasana yang akan sofia alami..dan sofia pernah terbaca hanya amalan kita yang dapat menerangi dalam kubur tuh nanti..insya-allah, sofia akan sentiasa berusaha agar sofia dapat cahaya dalam kubur tuh nanti..


    Sebenarnya banyak sangat yang berlaku..termasuklah diri sofia sendiri..dari seorang yang amat suka test fesyen terkini, even pakai tudung tapi ianya hanya untuk cukup syarat..tapi sekarang alhamdulillah, sofia betul-betul rasa ikhlas dan faham kenapa kita perlu jaga aurat kita..dan yang paling penting sekarang, apa yang sofia buat segalanya hanyalah kerana Allah swt..dan ianya makin jelas sekarang..alhamdulillah...

    Perubahan tahun 2011 ini bukan je terjadi pada sofia, tapi kesannya juga kepada family sofia dan family mertua sofia..bagaimana suasana tuh berubah dalam sekelip mata..amat ketara sekali..

    Paling jelas apabila hari raya, family sofia selama ini even mohon maaf dengan parents pun boleh tersenyum gurau-gurau lagi..tapi untuk tahun ni..satu perkataan pun tak mampu nak keluar melainkan air mata je asyik mengalir..bukan lagi gurau senda tapi lebih kepada esakan tangisan..

    Tuh baru family sofia, apa ntah lagi family mertua sofia..sofia tak mampu nak datang awal pagi pada pagi raya kat rumah family mertua sofia..sofia tahu sofia tak cukup kuat nak berhadapan dengan kesedihan mereka..sebab sofia sendiri time tuh tengah goyang lagi..apabila sofia rasa dah boleh, baru lah sofia pergi sana..dalam tengah hari jugak lah..time tuh semua dah pergi beraya umah sedare mara..

    Bayangkanlah segalanya berlaku amat pantas sekali..tak sempat pun lagi nak berkelip..segalanya telah berubah...


    Yer, kebahagiaan pun sofia rasa juga..dari bulan Januari sampailah Jun..memang bahagia..amat-amat bahagia..tapi sayangnya, sewaktu kami semua merasai kebahagiaan dalam excited nya masing-masing nak tunggu majlis termasuk lah family sofia dan family mertua..kami tak sedar akan perubahan yang di alami suami sofia..bila dia dah tak ade baru kami semua perasan...

    100 hari sebelum dia meninggal adalah pada bulan Mac..sofia akui waktu tu, memang dia dah mula kurang berbual..bayangkan pernah dia hantar sofia balik Pontian, sepanjang dalam kereta tuh kitorang diam..jarang bercakap..ade juga berbual tapi sikit sangat..tak macam dulu..sepatah yang di tanya sepatah yang di jawab..

    Kadang-kadang sampai sofia terlepas juga cakap, abang dengar tak sofia cakap..sofia tak sangka tuh adalah perubahan diri die sebenarnye sebelum die betul-betul tinggalkan sofia..

    Sehinggalah minggu terakhir dia pun, sofia tak berada di sisi dia..inilah yang buat sofia menyesal seumur hidup sofia..sepatutnya, tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya..jadi susah senang time tuh dapatlah di kongsi bersama..sofia tak tahu apa dan bagaimana keadaan suami sofia di saat-saat akhirnya..

    Hanya family sofia yang dengan dia time tuh..minggu akhir tu suami sofia tido umah family sofia..jadi minggu tuh, adik-adik sofia yang banyak spent time dengan dia..adik-adik sofia nampak sangat ketara perubahan dia..suami sofia lagi banyak termenung..sofia tak tahu apa yang suami sofia rasa waktu tuh..

    Sampai sekarang sofia mencari apakah rasa yang suami sofia rasa..ketika di saat akhir sebelum dijemput Izrail..macam mana perasaan tu..hanya suami sofia dengan Allah swt sahaja yang mengetahuinya...


    Tahun sebelum-sebelum nih, sofia tak pernah letak wishlist untuk tahun baru tapi, tahun nih, sofia nak letak..insya-allah..sofia harap ianya menjadi kenyataan..

    Sofia ingat lagi, suami sofia pernah cakap..kalau orang tanya dah mengandung ke tak..suami sofia suruh cakap tahun tahun hadapan..dia nak masa yang lebih lama untuk berdua katanya dulu..sebab dia cakap dah ada anak, perhatian kena bahagi-bahagi..


    Semoga tahun 2012 nih, kita akan dikurniakan rahmat dan keredhaan Allah swt dalam mengharungi kehidupan seharian..Insya-Allah

    1 comments:

    Mr. J said...

    Hai cik sofia, Mr J here.. Maafkan Mr J sebab mlm new year Mr J "termimpikan" cik sofia. Mungkin sebab malam sebelumnya Mr J ada buka blog u and banyak juga kisah dalam blog u i baca.

    Mimpi Mr J macamni..

    Cik sofia dan "suami" ke kuala lumpur untuk menyambut tahun baru .. tetapi disebabkan hotel full house maka cik sofia dgn "suami" menumpang beberapa jam di rumah sewa i .. Cik sofia &"suami" cuma tgk bunga api di koridor rumah sewa i . dan i siapkan kopi je..

    maaf cuma mimpi... kalau boleh jgn publish ..