Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Hebatnya Ciptaan

  • Thursday, December 1, 2011
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , ,
  • Assalamualaikum...


    Ya Allah..segala apa yang engkau ciptakan amat hebat..

    Firman Allah, "... (Iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksaan api neraka." - (Ali-Imran: 191)

    Bila sofia terbaca sebuah laman blog nih (muslim doctor) mengenai hebatnya bagaimana Allah swt mengalirkan darah ke otak sedangkan jika ikut teori, untuk mengalirkan sesuatu ke atas agak sukar..tetapi, Allah swt telah menetapkan segalanya dan ia terjadi dengan semula jadi..


    Bila blog tuh mengatakan pasal oksigen yang mengalir ke otak..sofia teringat suami sofia..di sebabkan otak dia cedera yang amat parah, menyebabkan proses yang mengawal oksigen ke otak tidak dapat dilakukan..dan suami sofia hanya dapat bertahan beberapa jam sebelum jantung dia betul-betul berhenti sendiri..waktu tu badan dia telah pun sejuk yang teramat sangat..amat amat sejuk..dan waktu tuh, sofia tahu, sofia tak mampu lawan takdir Allah..walaupun jauh dari sudut nih, sofia nak kembali suami sofia..

    Betapa pentingnya oksigen buat kita..bak kata penulis blog tuh, even ikan pun, kalau air tidak mengalir, segalanya akan tersekat dan lama-lama ia akan mati juga..

    Dari kajian yang dilakukan, perkara yang kita lakukan waktu solat, mampu membuatkan darah mengalir dengan mudah di bahagian otak..apabila otak berada di kedudukan yang lebih bawah dari jantung, ianya telah memudahkan darah untuk mengalir ke kawasan otak..

    Subhanallah..segala yang Allah ciptakan mempunyai makna dan bukanlah sesuatu yang sia-sia..sofia amat bersyukur kerana di lahirkan dalam Islam dan dikurnikan hidayahMU ya Allah...

    0 comments: