Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Di Manakah Noktahnya?

  • Friday, December 9, 2011
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , , ,
  • Assalamualaikum...


    Sekejap sahaja kita telah dah sampai hari Jumaat..penghulu segala hari..pejam celik pejam celik je..bagi mereka yang menghitung hari untuk diijabkabul sure berdebar-debar..bagi yang baru berkahwin sure tengah gembira melayari alam yang indah..

    Sofia teringat 6 bulan yang lalu, sewaktu sofia sendiri menanti saat untuk bergelar isteri..bila masuk minggu untuk penikahan tuh..subhanallah~ gembira + berdebar-debar..sofia gembira sangat sebab akhirnya sofia berkahwin juga dengan Mohd Syukri..sofia berdebar sebab takut ada yang lacking sewaktu majlis berjalan..

    Malam sebelum hari pernikahan, rumah sofia dah pun penuh dengan saudara-saudara yang most of them dari JB dengan KL..bayangkan tengah ramai-ramai tuh, masing-masing ada yang makan, ada yang borak-borak ada yang siapkan goodies, checking for goodies..tetiba kelawar masuk rumah..kelawar tuh terbang dah la rendah..semua jadi kelam kabut malam tuh..semua lari nyorok..ada yang nyorok dalam bilik ada yang lari pegi dapur..sofia pun lari pegi dapur sebab tuh yang paling dekat..

    Ibu sofia terus istighfar lepas kejadian tu..sofia tak sure siapa yang halau kelawar tuh keluar..abah sofia sampai sekarang asyik sebut pasal kelawar tuh..sebab rumah kitorang tak pernah dikunjungi kelawar..sampai sekarang nih pun takde..hanya malam tuh je lah sekali..

    Abah dengan ibu sofia cakap mungkin agaknya tuh petanda..tapi pada sofia, sofia tak tahu apa kaitannya..Allah swt yang mengaturkanya..


    Member sofia yang kahwin saing sofia dah pun mengandung..alagkah bahagianya rasa..terutama bila dia cakap perut dia terasa ada sesuatu yang bergerak..sofia dapat bayangkan betapa seronoknya waktu tuh..lagi la dengan suami yang sentiasa di sisi..sofia tak dapat nak bayang macamana perasaannya sebab sofia tak penah rasa..terasa juga hati nih bila kenangkan sofia tak ada zuriat pun..tak dapat pun rasa bagaimana rasa mengandung..bagaimana rasa jadi ibu..rasa jadi isteri pun sekejap ape ntah lagi nak rasa jadi seorang ibu..

    Sofia sedar sofia tak sepatutnya compare diri sofia dengan member-member sofia yang dah pun jadi ibu sebab nih pilihan sofia dengan suami sofia dulu..kami merancang..ini kerana keadaan kami yang terpisah..suami sofia sangat susah hati jika sofia mengandung tapi dia tak de sentiasa bersama..sofia pun risau juga kalau macam tuh..so, we ended up dengan keputusan untuk merancang..

    Dan siapa sangka perancangan tuh telah pun menjadi untuk selamanya..sekarang sofia hanya mampu tumpang gembira untuk memeber-member sofia yang bakal menjadi ibu atau yang telah pun menjadi ibu..didiklah mereka agar menjadi hamba Allah yang sangat taat kerana itu mampu membantu kita di akhirat kelak..



    Sofia pernah terbaca, apabila mati seorang anak adam itu, maka terputuslah segalanya melainkan amal, sedekah dan doa anak-anak yang soleh..sofia tak tahu bagaimana nasib sofia kat sana nanti..sebab salah satu dari bekalan untuk sofia di sana, sofia tak dapat nak penuhinya..begitu juga dengan suami sofia..

    Lagi la bagi mereka yang mengalami keguguran..anak-anak mereka pasti akan menanti mereka di sana..hanyalah amal dan sedekah jariah untuk bekalan sofia dan suami di sana..cukup ke tidak..tuh pun sentiasa menjadi tanda tanya buat sofia..takut tak cukup, tak mampu untuk merasa keindahan syurga..

    Sofia tak mahu macam tuh..sofia inginkan keindahan syurga bagi merasai sebuah kebahagiaan..bagi sofia kebahagiaan yang memang sofia nantikan dan sofia jaga dari dulu adalah kebahagiaan sebuah family..dikelilingi suami, ibu, abah dan adik-adik sofia serta keluarga suami sofia..memang tuh yang sofia nantikan dari dulu..

    Bagi sofia tiada kebahagiaan yang lebih bahagia selain dari kita mempunyai sebuah keluarga yang amat bahagia..dan sofia harap sangat-sangat dan sentiasa berdoa agar sofia dapat merasainya nanti dan ianya kekal buat selamanya..


    Bak kata adik sofia, Chibby..Jika kita mempunyai rumah yang besar, duit yang banyak, kereta yang mewah tapi di sebalik semua tuh kita tidak pernah rasa bahagia..semuanya jadi tak berguna..

    0 comments: