Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Bumi Sedang Berputar Kembali Ke Zaman Dahulu

  • Monday, December 19, 2011
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , , ,
  • Assalamualaikum...



    Macam-macam berlaku zaman sekarang ni..pada sofia, kadang-kadang apa yang terjadi amat pelik..pelik sangat sampai kenapa mereka yang buat perkara pelik tuh boleh tergerak hatinya untuk melakukan perkara yang pelik tuh..pelik betul..

    Pelik tak semestinya unik..sofia memang suka yang pelik tapi unik..dan semestinya ianya bukanlah suatu yang pelik dan di murkai di sisi Allah swt..tuh yang paling penting..

    Kalau korang perasan, zaman sekarang nih, seperti sedang berputar balik zaman-zaman nabi-nabi..seperti bumi sedang berputar kembali zaman yang dahulu..

    Pagi tadi sofia dengar kat radio, yang sewaktu zaman Firaun, dia suka bina bangunan tinggi-tinggi..dan zaman sekarang nih pun apa kurangnya..seperti masing-masing berlumba-lumba siapa dapat bina paling tinggi..agaknya boleh masuk dalam buku..Guinness World Of Record..tapi dalam mencari kepelikan untuk dijadikan sejarah, kita tak sedar yang sebenarnya, ianya seolah-olah mengulangi zaman para nabi kita..


    Bukan tuh je, sekarang nih, kisah homoseksual menjadi perbualan yang amat hangat..sepatutnya sebagai umat Islam, kita patut sedar lah yang perkara amat-amat diharamkan dalam Islam..korang ingatlah kisah nabi luth..korang tak rasa gerun ke dengan azab yang Allah swt turunkan buat kaumnya?

    Gambar kat atas nih, sofia dapat di google apabila sofia mencari kisah nabi luth..dapat bayangkan tak betapa huru-haranya sewaktu Allah swt turunkan bala sehingga mereka jadi macam ni?

    Kalau tak silap sofia, sofia ada terbaca, kisah laut mati..kalau tak silap laut tuh terhasil selepas bala yang ditimpakan kepada kaum Nabi Luth..dan mereka yang mati dalam keadaan yang berdosa jadi macam dalam gambar kat atas..

    Pada sofia, bukan gerun untuk menjadi artifak macam ni..tapi gerun dan takut sangat bila mengenangkan keadaan mati kita dalam keadaan yang amat hina..subhanallah..minta dijauhkan dari kita hamba-hambaNYA...

    Ingatlah, apa yang terjadi, apa yang kita buat, balasan tuh pasti datang pada kita..Jika baik amalan kita, baiklah balasan yang kita terima, jika dosa yang kita lakukan, balasan azab Allah swt lah yang akan kita dapat..tidak perlu tunggu hingga akhirat, kadang-kadang di dunia sendiri pun kita boleh mendapat balasan daripada Allah swt..

    0 comments: