Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Sempena Maal Hijrah

  • Friday, November 25, 2011
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , , , ,
  • Assalamualaikum...


    Insya-allah, esok merupakan hari terakhir untuk bulan Islam bagi tahun 1432H..segala cerita, memori, kenangan untuk sepanjang tahun 1432H akan kita simpan dan bagi sofia, ianya merupakan kenangan + cerita + memori yang akan sofia bawa sampai sofia menghembuskan nafas..

    Tahun 1432H akan sofia sematkan dalam hati ini...

    Dan 1 Muharram akan jatuh pada hari Ahad..Isnin pula kita semua akan cuti sebab Awal Muharram jatuh pada hari Ahad..dapatlah extra cuti..

    Tapi, kali nih, even cuti sampai 3 hari..sofia tak balik Muar..sebab family sofia plan untuk spend time kat Putrajaya..tapi tak lah semua family sofia akan datang..maybe yang tinggal adik sofia, Azirah yang sedang amik SPM..


    Dari dulu lagi, sofia jenis yang tak reti letak azam setiap kali masuk tahun baru..baik dari segi tahun Islam mahupun tahun Masihi..sofia bukan jenis yang nak letak azam..sama juga bila sofia amik exam tetiap tahun time belajar dulu..

    Pada sofia, yang pasti, sofia akan try yang terbaik..

    Tapi, tahun nih..sofia rasa macam nak mula letak azam..ermm, act bukanlah satu perkara yang sofia harus dapatkan tahun depan..tapi, sofia plan untuk letakkan satu guideline agar sofia terus berada pada jalan yang di redhai-NYA..

    Sofia akan terus berdoa untuk bertemu kembali dengan suami sofia di akhirat nanti..suatu penantian yang harus sofia letakkan dengan kesabaran yang amat tinggi..Insya-allah, sofia yakin Allah swt pasti membantu..


    Sempena hari terakhir 1432H esok..jangan lupa untuk baca doa akhir tahun selepas waktu solat Asar..

    Dan doa Awal Tahun pula selepas solat Maghrib..


    Sofia impikan untuk ke masjid menyambut Maal Hijrah bersama suami..tetapi, apa kan daya, sofia akan pergi sendiri..walaupun suami sofia tidak dapat bersama-sama menyambut Maal Hijrah ni, sofia tetap membawanya bersama kerana suami sofia tetap berada dalam hati sofia...

    Sofia berharap dan memohon kepada Allah swt, agar tahun 1433 ini akan memberi sofia kekuatan untuk sofia mengharungi kehidupan ini yang semestinya di kelilingi ujian dan dugaan..

    Al-Fatihah buat suamiku Mohd Syukri Ahmad..sofia sentiasa doa agar abang sentiasa bahagia di sana..

    0 comments: