Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Pengorbanan

  • Wednesday, November 2, 2011
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , , , ,
  • Assalamualaikum...


    Sofia rasa cepat betul sekarang nih masa berlalu..teramat-amat pantas ianya berjalan..sofia rasa macam baru sangat je lepas Aidilfitri..dan sekarang ni, tak lama lagi kita akan sambut Aidiladha pula..serious sangat cepat ianya berlalu..

    Kire Raya Haji nih, kali kedua laungan tadbir tanpa suami yang amat-amat sofia sayang..dulu, time Aidilfitri, rasa nak gugur jantung masa mula-mula tadbir..time tuh, sofia rasa tak mampu sangat nak dengar takbir..orang lain boleh gembira apabila mendengar takbir, tapi tidak bagi sofia..yang tiada pilihan lain..hanya linangan air mata yang tanpa henti sahaja sebagai teman..sofia berdoa kepada Allah swt, Ya Allah, aku berserah segala-galanya kepada MU ya Allah..sesungguhnya hati ini amat perit sekali rasanya..berat sungguh dugaan MU ini ya Allah..


    Dan Allah swt membantu sofia mendengar takbir Allah dengan kekuatan walaupun air mata tak berhenti..rasa sakit tu tak hilang..sekurang-kurangnya, sofia masih ingat Allah sentiasa bersama sofia untuk hadapi dugaan ini..

    Tak lama lagi, sekali lagi laungan takbir..kali ini, insya-allah, sofia lebih yakin untuk hadapinya..yakin Allah swt akan bantu sofia, beri sofia kekuatan untuk terus menghadapinya..sofia tak tahu apa yang akan sofia rasa nanti..bagaimana hati dan perasaan sofia time tuh..apa jua yang bakal terjadi pada diri sofia, sofia berserah kepada Allah swt..sesungguhnya segala yang berlaku adalah atas keizinanNYA..

    Raya Haji atau Raya Korban ini, bila sofia terbaca kisah Nabi Ibrahim, buat sofia terfikir mengenai kesabaran. Insan terpilih juga tak terlepas dari di uji oleh Allah swt. Lagi la kita manusia biasa yang tak lepas dari dosa. Pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim menunjukkan iman dan keyakinan dalam menerima takdir yang telah ditetapkan oleh Allah swt dengan redha.

    Sofia pernah terbaca, 'Kekuatan yang ada pada seseorang yang beriman dimana dengan kekuatan iman kepada Allah dan prinsip yang teguh dalam dirinya, dia akan menjadi seorang yang mampu berkorban dalam mendapatkan keredhaan Allah swt'.

    Jadi, pada sofia, atas apa yang telah berlaku kepada sofia sekarang ini, mungkin juga satu bentuk pengorbanan. Dan apabila sofia terima dan redha atas apa yang terjadi ini, insya-allah, kebahagiaan yang tidak dapat sofia rasa kat dunia nih, pasti sofia akan rasa di akhirat nanti bersama suami sofia..

    Sofia sentiasa berdoa agar sofia kembali ditemukan dengan suami sofia di akhirat nanti, bagi merasai kembali kebahagiaan yang kekal abadi..tiada kebahagiaan yang lebih kekal melainkan kebahagiaan di akhirat..


    Al-Fatihah buat suami yang amat amat sofia sayangi dan sofia rinduinya..

    Selamat Hari Raya Haji kepada umat Islam..

    0 comments: