Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Penghijrahan

  • Thursday, November 24, 2011
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , , , ,
  • Assalamualaikum...


    Yer, tinggal dua hari je lagi kita akan berhijrah ke tahun baru iaitu 1433..Subhanallah..sekali lagi..sambutan yang sofia menyambutnya sendiri tanpa suami di sisi..banyak betul berhadapan dengan pelbagai peristiwa selepas suami sofia tak de nih..

    Kalau dulu, memang suka jelah kan bila ada cuti nih..pantang je ada public holidays..pasti sofia dengan suami dah buat perancangan awal apa yang nak di buat..

    Tapi, sekarang..segalanya berbeza..sesuailah dengan sambutan yang tidak lama lagi nih..Hijrah..

    Dalam sekelip mata, status sofia berhijrah..dari satu ke satu statusnya..


    Tahun 1432 telah merakamkan pelbagai kisah sofia dengan suami sofia..pelbagai saat suka duka kami lalui bersama..memang kami sentiasa bersama..even kami bukan seperti pasangan suami isteri yang lain..duduk bersama..kami hanya dapat berjumpa di hujung minggu sahaja..

    Pelbagai memori yang memang tidak dapat sofia gambarkan dengan kata-kata..suatu perasaan yang tidak dapat sofia luahkan untuk tahun 1432..


    Memang betul lah kata orang..lumrah kehidupan, ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah..walaupun hanya sekelip mata merasai di atas..sofia bersyukur yang amat sangat..kerana akhirnya sofia menjadi isteri kepada Mohd Syukri Ahmad..setelah 7 tahun mengharungi kisah hidup bersama..sofia tetap bersyukur..

    Kisah percintaan kami yang amat berbeza dari pasangan bercinta orang lain..walaupun kami terpisah dengan alam yang berbeza..tapi sofia yakin, insya-allah, dengan kesabaran yang diberikan Allah swt ini, sofia pasti, yang kami akan bertemu kembali untuk merasai kebahagiaan suami isteri yang kekal abadi..


    Sofia tidak akan berhenti berdoa untuk sofia sentiasa bersama dengan suami sofia, Mohd Syukri Ahmad..sofia ada terbaca, berdoalah dengan sabar kerana Allah swt pasti akan memakbulkannya..cuma masa yang menentukan masa yang sesuai untuk doa itu dimakbulkan..sofia akan ambil pengajaran Nabi Zakaria yang tidak pernah putus asa berdoa untuk mengurniakan zuriat walaupun rambutnya telah ditumbuhi uban..

    Dan berkat kesungguhannya dalam berdoa, Allah swt mengurniakan juga beliau seorang anak lelaki iaitu Nabi Yahya..

    Insya-allah..sofia akan sentiasa pegang dan ingat kisah Nabi Zakaria ini untuk sofia terus dan terus berdoa untuk bersama dengan suami sofia..

    2 comments:

    nUR_rOsALiNdA said...

    Sofia..Tabahkan hatimu ye sayang..Insyaallah, Allah sentiasa disisi kita..Sedih la baca entry Sofia...Kuatkan semangat!!!~

    Isteri kepada Suami said...

    nur_rosalinda : Terima kasih kak :)