Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

My Nuffnang Story

  • Friday, November 18, 2011
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , ,
  • Assalamualaikum...


    Entry kali nih, sofia nak cerita pasal Nuffnang..sofia rasa bagi blogger, nama Nuffnang bukan suatu yang asing bukan..

    Bagi mereka yang telah bersama dengan Nuffnang, sure tahu tak sampai sebulan pun lagi..akan ada Nuffnang Blog Award 2011..bukan sahaja bagi Malaysia tapi untuk rantau Asia Pasifik..

    Sepanjang sofia joined dengan Nuffnang nih, baru dua kali sofia joined award ni..dulu, first sofia jumpa award nih, time tuh kak Redmummy dicalonkan bagi kategori blog parenting kalau tak silap..


    Banyak yang sofia dapat lepas joined Nuffnang..Antaranya, sofia dapat joined pelbagai contest, bila menang, dapat hadiah..dah lah sofia nih memang suka tengok wayang..jadi sofia akan joined untuk contest movie-movie yang akan ditayangkan..

    Seronok!!


    Bukan tuh je..sofia dapat kenal dengan blogger-blogger lain..ramai..antaranya kak Sumijelly, kalau kak Redmummy tuh sofia rasa, bukan blogger pun kenal dia..dan kak Red banyak bantu sofia untuk lebih mendekati Nuffnang..pelbagai tips yang dia kongsi..sofia dapat belajar banyak perkara..bertukar pendapat dengan blogger-blogger..


    Macam kalau kita tengok wayang yang kita dapat dari Nuffnang, yang tengok movie tuh pun semua yang sama-sama dapat dari Nuffnang..jadi, kat situ pun kita boleh kenal antara satu sama lain..


    Bagi sofia yang kaki tengok movie nih kan, Nuffnang bukan sahaja beri peluang kepada sofia untuk tengok cerita sebelum ianya ditayangkan, Nuffnang nih juga tak lupa kepada bagi mereka yang agak kurang bernasib baik..

    Antaranya, program TLC Promise Me..yang mengajak para blogger membantu kanak-kanak di Rumah Aman dengan seikhlas hati..

    Tidak semua orang dapat merasai kesenangan seperti yang kita rasai ketika ini. Apabila lihat wajah kanak-kanak kat Rumah Aman ni, rasa sayu sangat..kecik-kecik dah berhadapan dengan dugaan yang besar..sofia tidaklah terlibat dengan program ini..tetapi program ini lah yang betul-betul buat hati sofia tersentuh..


    Jadi, bagi sofia berblogging dengan Nuffnang nih, macam-macam yang sofia dapat, dari program yang bentuk hiburan sehinggalah program charity..

    Oleh itu, pada 16 Disember 2011 ini, satu majlis penyampaian anugerah untuk pelbagai kategori akan diadakan di Putrajaya Marriott..Majlis ini merupakan satu penghormatan Nuffnang kepada para blogger di seluruh rantau Asia Pasifik yang selama ini sentiasa menyokongnya..Dan yang lebih menarik, majlis penyampaian anugerah ini bukan sahaja untuk blogger di Malaysia tetapi seluruh Asia Pasifik. Jadi, ramai lah yang hadir untuk majlis ni..

    Nuffnang Asia Pacific Awards 2011 ini dibawa oleh Volkswagen Malaysia dan Putrajaya Marriott..

    Sure meriah nanti kan..

    2 comments:

    Mr. J said...

    Hai Cik Sofia, wah.. Mr J tak pernah dapat hadiah peraduan Nuffnang. Kalau Hadiah peraduan Cik Sophia dulu pernahlah. :)

    Isteri kepada Suami said...

    Mr J: hai.. :) ohh..sofia rajin jugak dulu masa keje KL joined2 contest..tapi bila pindah johor dah tak joined sebab susah nk joined..skg nih dh pindah putrajaya..tgh nk try joined balik macam dlu2..try la joined jg..seronok