Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Ketika Di Saat Akhir

  • Friday, November 11, 2011
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , ,
  • Assalamualaikum...

    Masa semakin berjalan..tidak sedetik, sesaat pun ia menunggu kita kan..kadang-kadang terasa juga ruginya jika kita tidak dapat penuhkan masa yang sentiasa meninggalkan kita tuh dengan perkara yang berfaedah..

    Seperti yang ada dalam Surah Al-Asr yang menceritakan mengenai masa..Allah swt Maha Mengetahui..sebelum kita dijadikan lagi, ayat ini telah diturunkan..telah pun Maha Pencipta kita tahu akan sikap hamba-hambaNYA..jadi turunnya ayat Al-Asr ini, maka dapatlah kita jadikan ianya panduan hidup kita..


    Sofia sendiri, melepaskan detik masa yang berjalan macam tu je..bila kadang-kadang termenung..teringat kisah-kisah lama..memori-memori lama..bila tersedar tengok, eah..dah pukul sekian..sekian..kadang-kadang tak sedar sebenarnya kita termenung..

    Semalam sofia ada lah jawab beberapa pasal stress kan..ermm..rasanya setiap soalan tuh sofia jawab biasa je..tapi tak tahulah resulnya..dia kata sofia extremely stress..

    Sofia mencari jugak kat mana point dia tuh kan..ermm..cuma yang sofia perasan, setiap soalan yang diaju tuh, sofia rasa macam tak tahu rasa dia..sofia rasa sofia dah tak ada apa-apa perasaan pun..sofia hadapi je semua yang Allah swt berikan dengan sekuat yang boleh dan cuba untuk bersabar walaupun jika dulu sofia selalu cakap sabar tu ada limit..

    Tapi kini, pada sofia tiada limit buat sofia..bersabar selagi Allah swt memberi sofia peluang untuk bernafas di muka bumi ini..

    Masa makin berjalan meninggalkan kita..semuanya akan menjadi kenangan..ada yang indah ada yang di sebaliknya..tetapi ianya tetap kenangan..

    Semakin masa yang meniinggalkan kita ini, sofia berharap sangat sofia akan terus mendapat kekuatan daripada Allah swt untuk menghadapi segalanya yang telah terjadi dan bakal terjadi..sofia juga berharap, agar sofia sentiasa berada dekat di sisi Allah swt..

    Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda:

    Bahawa Allah berfirman : "Aku hanya mengikut sangkaan hamba-ku sahaja.
    Kalau ia bersangka baik kepada-ku, Aku pun berbuat begitu.
    Kalau ia bersangka buruk kepada-ku, Aku pun akan berbuat begitu terhadapnya"

    Bila ingat ayat daripada Abu Hurairah ini, buat sofia sentiasa ingat, sentiasalah bersabar..yakin..bahawa Allah swt akan sentiasa membantu kita..insya-allah..

    2 comments:

    Mr. J said...

    Ms Sofia. Kuatkan semangat. Mr J sentiasa Support!. Dari kenal dalam blog sampai dapat hadiah jawap komen tertinggi dulu..

    Segalanya berubah sekelip mata .. Setiap kali Mr J singgah sini.. mesti Mr J rasa sebak..

    Isteri kepada Suami said...

    Mr J : :) semua tuh kenangan..dlu suami sofia yg uruskan antar2 hadiah tuh..tp skg, kalo bwt tpkse urus sndr..

    mmg sekelip mata sgalanya berlaku..

    terima kasih byk atas support yg mr j..