Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Harapan Ku Hanya Pada MU

  • Tuesday, November 29, 2011
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , ,
  • Assalamualaikum...




    Alhamdulillah..hari pertama bekerja untuk minggu ni, dah 3 hari cuti sempena awal Muharram kan..3 hari di habiskan masa dengan mengemas rumah dan menonton tv..alhamdulillah, dapat jugak rest betul-betul..

    Time family sofia datang adalah juga ke Mydin Putrajaya..tengok dari luar, pada sofia besar lagi Mydin kat MITC Melaka tuh..tapi, kecik-kecik tuh pun, buat lutut sofia sakit yang amat berjalan..

    Kaki sofia sekarang nih dah tak kuat macam dulu..masa ada suami sofia, kami rajin berjalan..ke shopping complex tuh semestinya, bukan bershopping pun tapi hanya cuci mata duduk minum tengok gelagat manusia..tuh je..cuma sekarang nih jela sofia perasan kaki sofia tak kuat lagi..

    Ari pegi Mydin tuh la memuncak pulak sakitnya..sampai terpaksa cari Tampal Tiger Balm tuh untuk legakannya..kalo tak memang tak larat nak berjalan sikit pun..


    Sofia teringat dulu, zaman belajar, mula-mula suami sofia datang Melaka, amik sofia kat Utem, kitorang outing ke MP (orang melaka panggil Mahkota Prade MP je..)

    Time tuh keje nye tawaf MP tuh sambil cuci-cuci mata tengok ke kedai-kedai kat situ..sampai kat Reject Shop, sofia tengah tengok-tengok baju, suami sofia cangkung kat sebelah..terkejut sofia..tetibe je..sofia ingat dia penat sangat, jadi sofia suruh dia duduk kat kerusi..die tak nak..dia cakap penat sikit je..asalkan dia dengan sofia, rasa sakit tu hilang punya..(ayat dia nih sampailah dah kahwin pun, tetap macam tuh..walau sakit macam mana pun, asalkan sofia depan mata dia..rasa sakit tuh pasti hilang)

    Lepas tuh esoknya, dia cakap kena chicken pox..ya Allah..kalau lah sofia tahu dia dah mula nak kena time keluar tuh..demam ke apa..sure la sofia suruh balik je..

    Bila teringat setiap kata-kata dia..hati sofia sayu sangat..dengan setiap kenangan dan kata-kata dari suami sofia nih la..sofia cuba untuk teruskan kehidupan sofia sekarang nih..


    Dulu, byk kali sofia cakap kat suami sofia, ala..abang kan ada..kalau ada abang, semuanya pasti lancar..

    Betul..sofia terlalu mengharap kepada suami sofia dalam setiap perkara..setiap inci setiap saat setiap gerakan semuanya bergantung kepada suami sofia..yer, sofia dulu tak mampu nak buat apa-apa sendiri dan bergantung 100% kepada suami sofia..

    Mungkin atas kerana nih la juga, Allah swt inginkan sofia mengubah penggantungan yang selama ini sofia sandarkan kepada suami sofia, sofia kena alihkan kepada Allah swt..sofia akui sofia berdosa kerana bergantung kepada hambaNYA sedangkan setiap perkara itu terjadi dengan keizinan Allah swt..

    Sekarang nih, setiap satu, semuanya sofia hadapi dan lakukannya sendiri dan segalanya, sofia bergantung kepada Allah swt..kerana sofia yakin 100% setiap yang terjadi di muka bumi ini, hanya akan terjadi apabila Allah swt mengizinkannya..kerana sesungguhnya, Allah swt la Maha Mengetahui segalanya..Allah swt jualah yang Mengatur segala yang terjadi di muka bumi ini..


    Dan sofia terima segala yang telah ditetapkan oleh Allah swt..sofia yakin, setiap yang Allah swt tetapkan, pasti ada kebaikannya nanti..mungkin bukan di dunia tetapi mungkin di akhirat nanti..insya-allah..

    Kerana kini, tiada apa lagi yang sofia harapkan, selain daripada ketabahan dan kekuatan untuk terus berada di muka bumi Allah swt ini dan berdoa agar sofia dipertemukan kembali dengan suami sofia di alam yang lebih kekal abadi..

    Hanya pada Allah swt jualah sofia memohon pertolongan dan hanya Allah swt jualah yang dapat membantu hambaNYA..pohonlah kepada Allah swt kerana Allah swt pasti akan memakbulkannya..


    Al-Fatihah buat suami yang amat sofia sayangi..

    0 comments: