Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Genap 7 Tahun

  • Monday, November 21, 2011
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , ,
  • Assalamualaikum...



    21 November..kalau dulu, kami sama-sama excited apabila tarikh nih tiba..malam 20 November kami akan berbual bersama-sama..mengimbas sama-sama saat di awal perkenalan..pagi 21 November, pasti suami sofia akan hantar sms yang memberikan kata-kata semangat untuk sofia terus bertahan hadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan untuk sentiasa bersama-sama..

    Dan dalam ayatnya tuh, pasti akan bagitau yang dia sangat-sangat sayang kat sofia dan berjanji tidak akan tinggalkan sofia..


    Tapi untuk tahun ini..2011..apabila ianya genap 7 tahun..tiada lagi kata-kata tersebut sofia dengar..tiada lagi sms dan kata-kata pemberi semangat yang sofia terima daripada suami sofia..

    Malah telefon sofia..sunyi sepi..tiada sebarang bunyi...


    Gambar-gambar nih merupakan kali terakhir kami makan bersama untuk tarikh 21 November..iaitu tahun lepas..

    Tanpa sebarang perancangan, kami memakai warna pakaian yang sama..benar-benar kebetulan..

    Tahun lepas, waktu ini..saat ini..seronok..dan kami siap rancang perancangan untuk masa depan..yelah, siapa yang tahu..apa akan terjadi..siapa sangka perancangan itu hanya sebuah angan-angan yang tidak mungkin lagi jadi...

    Baju yang suami sofia pakai nih juga, baju yang di pakai kali terakhir sofia bersama dia..nasib baik baju nih belum di basuh..dan sehingga kini sofia masih menyimpan baju ini..hanya baju ini sahaja lah peneman sofia untuk sofia lepaskan rindu..rindu yang teramat-amat rindu..

    Malam tadi sofia bermimpi bersama dengan suami sofia, berjalan-jalan di sebuah taman yang sofia sendiri tak tahu kat mana..tapi seronok sangat rasanya bila dapat bersamanya..berjalan sambil pegang tangan dia..sofia bahagia sangat dalam mimpi tuh..


    Sofia dengan suami benar-benar nak elak bercouple hingga tujuh tahun..sebab pengalaman dari sekeliling kami, semuanya tidak menjadi apabila masuk tahun ke tujuh..dan alhamdulillah, kami dapat atasinya..

    Kami berkahwin sebelum ianya genap tujuh tahun..tuh la..orang kata..sebaik mana pun kita merancang, Allah swt jualah yang mengetahuinya..tahun ke tujuh ini juga yang memisahkan kami buat sementara..tetapi Insya-Allah, kami tetap akan bersama buat selamanya apabila kami bertemu kembali..



    Ya Allah ya Tuhanku..aku bermohon hanya kepadaMU ya Allah..engkau berilah kebahagiaan yang sebenarnya kepada suamiku, kurniakanlah rahmatMU yang melimpah ruah ke atas suamiku, sayangilah suamiku melebihi dari aku dan ahli keluarganya menyayanginya, muliakanlah suamiku..


    Ya Allah ya Rahman ya Rahim..temukanlah kami kembali di akhirat nanti, satukanlah kembali aku dengan suamiku di akhirat nanti..agar kami dapat merasai kembali kebahagiaan suami isteri yang tidak sempat kami rasai di dunia ini ya Allah...

    0 comments: