Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Dengan Sekelip Mata

  • Wednesday, November 9, 2011
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , ,
  • Assalamualaikum...

    Semalam sofia terbaca kat paper pasal budak Malaysia yang sedang menuntut di Surabaya mati di tetak. Mula-mula tuh, berdetik juga..agak tidak berguna orang kat sana..senang-senang jenayah berlaku..sebab student nih dikatakan cuba untuk pertahankan motor nya dari di larikan penjenayah tersebut di rumah sewanya sendiri..

    Tetapi, bila sofia renung balik..mungkin ini semua suratan dan telah pun tertulis ajalnya ketika itu..sesungguhnya Allah sahajalah yang Maha Mengetahui di sebalik yang terjadi..


    Apabila diimbas balik..rasa mudah sangat seseorang itu menemui ajalnya..tiada siapa yang sangka..tiada siapa akan menduga..malah, diri sendiri juga tidak akan menduga bahawa dia akan menemui sang Penciptanya ketika itu..

    Malah, apabila sofia teringat yang suami sofia sendiri pernah rancang untuk menyambung kerjanya yang menghias rumah ketika itu untuk disambung ke minggu depan..tetapi, siapa sangka..dia menemui Maha Agung pada minggu itu..

    Ini bererti..suami sofia sendiri tidak tahu bahawa dia akan pergi menemui Penciptanya..ada tanda-tanda dia akan pergi, tetapi, ianya hanya dia sahaja yang tahu dan orang sekelilingnya hanya akan perasan apabila dia telah tiada akan tanda-tanda tersebut..


    Dengan keadaan sekarang nih, jenayah sana sini..kematian seolah-olah berada di hujung jari..anytime sahaja boleh terjadi..buat sofia rasa insaf sangat..insaf akan segala dosa yang pernah sofia lakukan sebelum ni..

    Sofia takut dengan azab Allah swt..kepanasan dunia nih je kadang-kadang buat sofia rasa mengeluh..apa ntah lagi kepanasan api neraka..ya Allah..sungguh aku takut dengan azab api nerakuMU ya Allah..lindungilah aku dari azabMU ya Allah..

    Disebabkan mati nih bila-bila sahaja boleh terjadi, sofia jadi takut kalau-kalau, kita dijemput Allah swt sewaktu kita sedang buat sesuatu yang salah atau dosa..Minta dijauhkan lah..jadi, kita kenalah sentiasa berhati-hati agar setiap masa kita sentiasa mendapat keredhaan Allah swt..

    So, kita tidak perlu risau, bila-bila masa Allah swt nak jemput kita..kita sentiasa dalam keadaan sedia..bak kata orang, sediakan payung sebelum hujan kan..

    0 comments: