Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Cinta Harus Memiliki

  • Monday, November 7, 2011
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , , , ,
  • Assalamualaikum,

    Selesai dah Hari Raya Haji untuk tahun ni..segalanya berjalan seperti biasa..termasuk family sofia..ibu busy menyiapkan Laksa Johor..menu wajib setiap kali Raya Haji..

    Sofia pula, alhamdulillah, Allah swt telah membantu sofia untuk terus menghirup udara di dunia ini walaupun dengan membawa rasa rindu yang menggunung..rasa rindu yang tidak tahu bila masanya dapat dilepaskan..

    Memang..terus mengharungi kehidupan ini sambil mengendong rasa di hati ini, kadang-kadang membuatkan sofia rasa sakit dada yang amat..kerana sofia sahaja yang menanggung rasa ini tanpa dapat diluahkan kepadanya..ye..hanya Allah swt sahaja yang hanya mengetahui bagaimana rasa sakitnya dada, sesaknya nafas mengendung rasa rindu ini..Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mengetahui..

    Sofia tak mampu untuk luahkannya kepada sesiapa sebab sofia tahu tiada siapa yang boleh tahu bagaimana rasanya menanggung rindu sehingga ke saat yang tidak tahu sampai bila dapat diluahkan ini...



    Lagi pulak bila dengar lagu Anuar Zain ni, Cinta Harus Memiliki..

    Tetapi, walau macam mana sakitnya, peritnya rasa yang dikendung ini..sofia akan tetap berusaha..sehingga Allah swt menetapkan masa untuk sofia lepaskannya kepada suami sofia..

    Kadang-kadang sofia terasa seperti menghitung hari..bilakah sofia dapat bertemu dengan suami sofia..betul..setiap hari sofia pangkah pada planner sofia..sama seperti suami sofia masih hidup..hari-hari pangkah sehinggalah hari Jumaat, rasa excited sangat..sebab dapat berjumpa suami sofia..

    Sofia masih memangkah hari cuma tidak tahu sampai bila sofia akan pangkah tarikh-tarikh ini..seperti ianya masih lagi tiada akhirnya lagi..

    Betul la kata orang, penantian itu satu penyeksaan..

    0 comments: