Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Cabaran

  • Friday, November 18, 2011
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , , ,
  • Assalamualaikum...


    Ya Allah ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMU daripada rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepadaMU daripada sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepadaMU daripada sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepadaMU dari beban hutang dan penindasan orang..


    Kehidupan sofia setelah 140 hari ini..memang lain..sangat lain berbanding kehidupan sofia yang 25 tahun sebelum ini..sofia dapat rasakan kelainannya..memang segalanya berubah dengan sekelip mata..susah untuk digambarkan bagaimana perasaaan apabila berhadapan dengan perubahan yang betul-betul sekelip mata ini..

    Bukan mudah untuk tempuhi kehidupan yang terbentang di depan mata ini seorang diri..jika dulu, sofia ada suami yang sentiasa membantu sofia, mengajar sofia perjalanan sebuah kehidupan..tetapi, belum pun habis sofia belajar perjalanan kehidupan ini, takdir telah menentukan segalanya..

    Sofia harus teruskan kehidupan yang terbentang ini dengan sendiri..itu yang pasti..dengan keadaan dunia sekarang yang terlalu banyak cabarannya..sofia betul-betul takut..takut untuk berhadapan dengan cabaran dan fitnah dunia yang sentiasa menanti dan jika kita tersilap langkah, lubang hitam sentiasa menanti kejatuhan kita..


    Sofia betul-betul fobia + takut untuk meneruskan kehidupan ini..kadang-kadang sofia terasa juga give up untuk teruskan..tapi sofia tak akan tamatkan kehidupan sofia sendiri, sebab sofia tahu, sofia akan pergi juga..tapi biarlah dengan ketentuan dari Allah swt..

    Kadang-kadang sofia terasa nak je duduk berkurung dekat rumah..tapi, sofia ada tanggungjawab lain..sofia tak nak jadi beban kepada family sofia..sedangkan beberapa minggu selepas suami sofia meninggal, sofia berkurung kat bilik je pun, family sofia dah risau..apa ntah lagi kalau selamanya..

    Tapi, itulah..susah nak hadapi kehidupan yang penuh cabaran ni..sebab sofia tidak sekuat mana untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran nih..sebelum ini, setiap cabaran sofia hadapi bersama suami sofia..tapi sekarang untuk hadapi sendiri, sofia tak rasa sofia mampu seperti dulu..

    Cuma, apa yang sofia harapkan..walau apa pun cabaran dan dugaan yang datang selepas ini, cukuplah biar sofia seorang yang hadapinya..yang rasainya..janganlah ianya melibatkan orang lain..itu lagi sofia tak mampu..biarlah rasa sakit hendak mati sekali pun, sofia tak nak susahkan orang..memang tu yang sofia amat harapkan..

    Kalau boleh sofia nak jadi macam suami sofia, sehingga ke akhir hayatnya, dia sentiasa gembira dengan orang sekelilingnya..sentiasa membuat kawan, jiran dia ketawa..sofia nak sangat jadi macam tuh..sofia nak jadi macam suami sofia..kalau tidak, sofia rasa sofia macam tak layak jadi isteri dia..

    0 comments: