Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Bermulanya Sesuatu Yang Baharu

  • Monday, November 14, 2011
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , , ,
  • Assalamualaikum...


    Sekejap betul rasanya masa nih bergerak..sebelum nih pun sofia dah penah cakap kat entry sebelum yang sofia betul-betul rasakan masa bergerak dengan amat-amat pantas sekali..

    Kali nih sofia lagi terasa bila sofia tengok paper, bagi mereka yang pergi haji..penerbangan pertama dah selamat tiba kat Malaysia..cepatnyaaa...rasa macam baru je sebelum nih dengar orang pegi haji..nih dah dengar mereka selamat tiba dah..

    Bagi mereka yang telah selamat tiba di tanah air..alhamdulillah..telah lengkap rukun islam mereka tunaikan..bagi kita nih yang belum dapat lengkapkan rukun islam nih..tak tahu pulak bila masanya akan tiba..dan sofia sendiri insya-allah, sofia nak sangat pergi ke tanah suci..bumi Allah swt yang simpan banyak kisah para nabi dan para rasul..


    Bila baca pasal orang balik haji nih, sofia teringat tahun lepas..parents sofia dengan adik lelaki sofia, Haziq pegi haji..suami sofia bawa kereta..seronok sangat bila sambut mereka balik haji..yela, semua ahli keluarga ada di sisi..itulah saat paling bahagia buat sofia..


    Tiada saat yang paling mahal, paling indah melainkan apabila kita sentiasa bersama di sisi orang-orang tersayang..memang betul duit satu keperluan..tapi, ianya tetap tak mampu lawan nilai dan harga sebuah kebahagiaan bersama keluarga..ada suami, ada abah ibu, dan adik-adik yang sentiasa di sisi..sofia paling suka..paling bahagia sangat-sangat saat bersama mereka..

    Sofia tak mampu nak gambarkan betapa bahagianya saat tersebut..kebahagiaan tersebut tak mampu digambarkan dengan kata-kata..



    Walau apa pun..sofia bersyukur..amat-amat bersyukur, sofia dikurniakan seorang suami yang amat-amat penyayang..baik..pendek kata, suami yang soleh..dan sofia memiliki sebuah keluarga yang sentiasa berada di belakang sofia untuk menyokong sofia..syukur sangat2 diberi peluang menjadi anak kepada abah ibu..syukur sangat diberi peluang menjadi isteri buat Mohd Syukri Ahmad..

    Apa pun yang berlaku ianya kehendak Allah swt..sofia hanya hambaNYA..Allah swt yang lebih berhak ke atas kita..sofia terima dan redha di atas segalanya..

    Semoga kita semua hambaNYA sentiasa mendapat keredhaan dari Allah swt..

    Al-Fatihah buat suami yang amat-amat sofia sayang..Mohd Syukri Ahmad..

    0 comments: