Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

138 Hari Berlalu

  • Wednesday, November 16, 2011
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , ,
  • Assalamualaikum...


    Kejap je dah 6 bulan..6 bulan sofia sebagai isteri Mohd Syukri Ahmad..memang rasa sekejap sangat..sekelip mata je juga sudah 138 hari berlalu, sofia sendiri menanggung rasa rindu yang amat sangat kepada suami sofia..

    Tinggal 10 hari je lagi kite nak masuk tahun Hijrah yang baru, 1433..Alhamdulillah, tarikh 1 Muharam nanti akan jatuh pada hari ahad, 27 November 2011..Jadi dapatlah kita extra public holiday hari Isnin tuh pulak..macam Raya Haji hari tu..


    138 Hari memendam rasa..hanya Allah swt sahaja yang tahu keadaan sofia..hati sofia..hanya pada Allah swt sahaja tempat sofia luahkan segalanya kerana tiada siapa yang memahami segala isi hati sofia selain dariNYA..


    Sofia bukan sahaja hilang seorang suami, tapi lebih dari tuh..sofia hilang seorang teman, seorang abang, seorang yang sentiasa berada di sisi sofia waktu sofia susah atau senang..sentiasa berada di belakang sofia kalau sofia jatuh..seorang yang tidak pernah jemu membentuk sofia menjadi seorang perempuan dan isteri yang solehah..


    Kadang-kadang bila terimbas balik keadaan bulan 7 tuh..air mata masih mengalir..kadang-kadang masih rasa tak sangka yang dia kini tiada di sisi kita..kadang-kadang bila sorang-sorang, teringin sangat tangan nih nak dail no tel dia..kadang-kadang bila rasa takut, teringin sangat mulut nih nak luahkan kepadanya agar dia dapat beri kekuatan..kadang-kadang bila rasa cemas, nak sangat diri nih tanya apa yang patut sofia buat...

    Tapi, semua tuh sofia hanya mampu simpan je dalam hati ini..sebab sofia tahu, tiada orang yang benar-benar faham sofia selain suami sofia sendiri..dan pada Allah jualah sofia harapkan..

    Ya Allah, jika inilah harga yang perlu sofia bayar untuk sebuah kebahagiaan yang kekal abadi, sofia redha dengan apa yang telah berlaku..sesungguhnya, diri ini hanya hambaMU yang lemah dan Engkaulah yang Maha Mengetahui segalanya yang tersirat..


    Sofia tahu, bukan sofia sorang je alami perkara yang sama..ianya juga berlaku kepada family suami sofia..yang pasti lebih merasai apa yang sofia rasai..seorang emak yang amat rapat dengan anak bongsunya, pasti merasa amat amat kehilangan..seorang kakak dan abang yang pasti juga amat merasai kehilangan adik kesayangannya..seorang anak saudara yang sentiasa bersamanya pasti merasai kehilangan pok chu kesayangannya..sebuah keluarga yang pasti rasa kesunyian tanpa gelak ketawa dan gurau sendanya..

    Dan atas segala rasa kehilangan itu, hanya Allah jugalah yang dapat membantu hambaNYA mengatasi perasaan di atas 138 hari yang telah berlalu ini..

    Al-Fatihah buat suami yang amat-amat sofia sayang, Mohd Syukri Ahmad..

    2 comments:

    wantie said...

    Tabahkan hatimu Sofea. Tetiba air mata ni berlinang baca N3 mu.

    Kalau akak kat tempat Sofea tak tahu mcm mana. Begitu berat dugaan yang kau terima.

    Al-fatihah.

    Isteri kepada Suami said...

    wantie : :) terima kasih