Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Telah Pun Berlalu 100 Hari

  • Monday, October 10, 2011
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , ,
  • Assalamualaikum...


    9 Oktober 2011 bersamaan dengan 11 Zulkaedah 1432.. genaplah 100 hari bagi suami sofia..genap 100 hari dia berada di alam yang berbeza dari kita semua..Kenduri tahlil telah pun berlangsung pada 8 Oktober 2011 selepas Isyak..

    Cuaca ok, tapi tengah berlangsung bacaan tahlil, angin sangat kuat, hujan turun lebat tapi sekejap jela..dalam keadaan angin tengah kuat tuh, mata sofia melihat keluar rumah, dgn harapan sofia dapat melihat suami sofia..

    Tapi, semua tuh harapan..harapan utk melepaskan rasa rindu yang sangat mendalam ini..

    Benarlah kata-kata sesetengah ulama' apabila matinya hamba Allah itu, maka, alam kita pun terpisah dan tak sama..mungkin tu yang buat susah kita hendak nampak dia depan mata kita..


    Hati ni masih sayu..masih lagi berhurai air mata setiap kali berdoa..setiap kali mendengar atau menyebut nama suami dalam tahlil atau doa..kesedihan tu pasti datang..kesayuan tuh pasti menjelma..

    Time kenduri arituh, bila tahlil baca doa untuk suami, bila sofia dengar nama Mohd Syukri Bin Hj Ahmad je, terus tiba-tiba rasa sesak dada..sebak sangat-sangat..Ya Allah, sofia dah minta agar air mata nih tak turun terutama apabila sofia berhadapan dengan keluarga suami sofia dan terutama sekali mak mertua sofia..

    Sofia tak sampai hati nak tambah kan lagi kesedihan diorang..sofia yang baru 10 tahun kenal dah sedih macam ni, apa ntah lagi family dia yang menjaganya dari kecil..sofia cuba tahan air mata..

    Dalam menahan tu, terlepas juga bunyi esakan sofia..dan air mata terus turun macam tak boleh berhenti..Ya Allah, time tuh..sofia tak tau nak buat macam mana dah..Lepas je doa, sofia terus masuk toilet, abiskan segala yang terbuku dalam hati...

    Sofia tetap berusaha jadi sebaik boleh untuk family suami dan family sofia sendiri..tu janji sofia pada suami sofia dulu..janji nak jadi isteri yang terbaik..bermakna sofia kene jadi baik untuk family-family sofia dan suami..

    Sofia tak mungkin dapat jadi sebaik isteri Rasullullah saw spt Siti Khadijah dan Aisyah..tapi sofia akan terus berusaha jadi yang terbaik untuk suami sofia..



    Al-Fatihah..semoga Allah mengurniakan rahmat yang melimpah-ruah keatas suamiku Mohd Syukri B Hj Ahmad, kebahagiaan yg sepenuhnya dan muliakanlah suami ya Allah..sesunguhnya, hanya Engkaulah yang Maha Mengetahui segalanya..

    0 comments: