Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Selamat Hari Jadi Suamiku

  • Thursday, October 13, 2011
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , ,
  • Assalamualaikum...


    Hari nih, 13 Oktober 2011..genaplah umur suami sofia 27 tahun..

    Dah lama sofia rancang untuk sambut hari jadinya tahun ini lebih seronok lebih romantik apabila kami sah bergelar suami isteri..semenjak kerja, belum pernah kami dapat spent time betul-betul pada tarikh hari jadi..selalunya pasti akan bawa ke hujung minggu..

    Tapi, bila dah kawin, sofia planned nak cuti untuk hari ini dan esok..tapi, kita hamba Allah hanya dapat merancang..dan walau hebat macam mana pun perancangan kita, perancangan Allah lebih hebat..bahkan Allah jualah Maha Mengetahui segalanya..

    Siapa tak sedih bila mengenangkan hari yang sepatutnya happy nih, tapi kita terpaksa menahan sebak dan air mata dari berjujuran..sofia sedih tapi, sofia bertahan tak nak keluarkan air mata..takut akan menyebabkan penderitaan suami..

    Dalam gambar kat atas tuh, suami sofia paling kiri, baju putih yang dia pakai merupakan hadiah terakhir yang sofia beri kepadanya..bila tengok hadiah tuh..sayu sangat...

    dari semalam pulak..bertalu-talu sms dari company-company mengucapkan selamat hari jadi kepadanya..selamat menyambut hari isteimewa..sedihnya bila membaca sms tersebut, hanya Allah jua yang mengetahuinya..


    Sempena hari jadi yang ke 27 ini, hanya doa yang mampu sofia hadiahkan untuk abang kat sana..doa sofia agar abg sentiasa bahagia di sana dan smoga Allah mengurniakan rahmatNYA yang melimpah-ruah keatas abang..sofia yakin, abg pasti akn tunggu sofia kat sana..bila tiba masanya, sofia akan bertemu dan bersama kembali dengan abang bagi merasai kebahagiaan yang kekal abadi..

    Al-Fatihah..

    0 comments: