Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Selagi Nyawa Dikandung Jasad

  • Friday, October 28, 2011
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , ,
  • Assalamualaikum...

    Sekarang nih sofia dah mula jarang balik untuk update blog..Tak tahulah..sebab rasanya dah tiada apa lagi yang ada pada sofia untuk dikongsi. Kisah sofia masih sama dengan kisah sepanjang 119 hari ni..

    Cerita hidup kian berlalu, membawa sofia ke penghujung. Kaku langkah kian lemah, kelu lidah untuk berbicara, bersama rayu doa, damba keampunanNYA.

    Pagi nih, apabila sofia terbaca artkel kat iluvislam membuat sofia terus berpegang bahawa apa yang telah berlaku ini adalah ketentuan Allah swt yang sofia perlu terimanya dengan redha bagi mencapai dan mendapatkan pula keredhaan daripada Allah swt.

    Hanya dengan keredhaan Allah swt sahajalah yang dapat memberikan kebahagiaan yang kekal abadi kepada kita di akhirat nanti. Dan juga ianya akan membantu sofia untuk mencapai matlamat sofia iaitu untuk mencapai kebahagiaan yang kekal abadi bersama suami sofia..hanya Allah sahajalah yang mengetahui betapa sofia amat amat teramat rindukan suami sofia..sofia serahkan segala apa yang sofia rasa ini kepada Allah..kerana Allah jualah Maha Mengetahui dan Maha Penentu segalanya..

    Setiap orang mempunyai dugaan dan ujian mereka tersendiri. Bak kata Saidina Umar, nak ke tak nak, kita tetap kena berdepan dengan ujian ini. Jadi, bergantung kepada kita untuk hadapinya dengan sabar atau tidak. Jika kita hadapi dengan sabar, kita dapat pahala tapi kalau tidak sabar, kita dapat dosa. Jadi, baik kita pilih untuk mendapat pahala kan...

    Memang sukar untuk bawa diri ini, tapi sofia kena sentiasa ingat bahawa kesusahan yang berlaku ini hanyalah sementara iaitu selagi nyawa di kandung badan. Apabila bercerai nyawa dari jasad, segala keperitan dan kesakitan yang sofia alami ini akan bertukar menjadi kebahagiaan yang amat amat sofia tunggu selama ini. Bahkan ianya merupakan kebahagiaan yang kekal abadi bersama suami sofia..

    Insya-allah, dengan berbaki kan umur yang ada ini, sofia akan terus bertahan dan bersabar untuk sofia mencapai kebahagiaan yang kekal abadi bersama suami sofia nanti..

    1 comments:

    Mama Mirza said...

    begitulah dik.. ada masanya semangat seakan hilang... kekuatan seakan pudar.. tapi Insyaallah.. akan ada cahaya².. yang muncul supaya kita kuat dan tabah.. :)