Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Untung Seorang Wanita

  • Saturday, September 10, 2011
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , , ,
  • Assalamualaikum..

    Sofia ada terbaca mengenai wanita di laman Islam Itu Indah, ada satu entry mengenai wanita..sofia baca entry tersebut dan ia teramat-amat menarik sekali..dan alangkah bersyukurnya sofia telah di jadikan sebagai wanita..dan teramat berutungnya diri ini apabila dijadikan wanita muslim..

    Dari entry tersebut, ia menceritakan mengenai wanita yang teramat mudah dan senang sekali untuk masuk syurga..ya ALLAH..sesungguhnya, itulah nikmat kebahagiaan yang selamanya..time sofia belajar dulu, memang ada ustaz cakap, seorang perempuan mudah sangat masuk syurga dan paling mudah juga masuk neraka..

    Dan teramat beruntung juga bagi mereka yang di beri peluang untuk bersama suaminya..hargailah masa dan saat tersebut kerana bila kita dah berkahwin, syurga kita adalah di suami kita..hanya dengan taat dan menjaga kehormatan suami dan juga tidak melanggar arahan dan suruhan ALLAH swt..telah membolehkan seorang wanita itu menjadi ahli syurga..mudah kan...



    Sofia sendiri rase terkilan sangat kenapa sofia tak hargai hal ni dari dulu..dan as a muslim, banyak perkara yang sofia ambil ringan dulu..sofia menyesal sangat tak hargai diri ini sebagai wanita muslim dari dulu..

    Alhamdulillah..perkenalan sofia dengan suami sofia banyak membantu sofia menjadi seorang wanita muslim..terutama apabila dah kawin..sikit demi sedikit perubahan berlaku pada sofia..

    Tapi masih banyak lagi yang sofia perlu tahu dan perlu buat untuk terus kekalkan sebagai seorang wanita muslim yang sejati..tapi tulah sayangnya..suami sofia dah tiada..suami yang selama ini banyak membimbing sofia untuk berada di jalan yang benar..

    Sekarang ni banyak bahan bacaan yang boleh kita dapat..bila dah ada internet..lagi lah mudah..semuanya di hujung jari..even tak sama dengan bimbingan dari suami tapi ia tetap membantu sofia  untuk terus kekal menjadi wanita muslim..

    Mungkin ini adalah hidayah dari ALLAH swt untuk sofia..dan sofia bersyukur sofia masih diberi peluang untuk berubah..masih di beri peluang untuk jadi wanita muslim..syukur alhamdulillah..

    Insya-allah..dengan izin ALLAH swt, bila dah kahwin ni, tiada yang lebih penting untuk sofia selain dari menjadi isteri yang solehah buat suami sofia..dan sofia amat berharap dia akan bahagia dengan apa yang sofia buat sekarang ini..

    Insya-allah..sofia akan sentiasa mencari ilmu untuk menjadi wanita solehah..

    Cuma alangkah indah dan seronoknya jika ianya dapat dilakukan bersama-sama dengan sokongan dan dorongan dari suami tersayang..

    0 comments: