Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Pesanan SMS

  • Thursday, September 8, 2011
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , ,
  • Assalamualaikum...

    Awal-awal dulu, sofia susah sangat nak lelapkan mata walaupun terasa mengantuk..tetapi sekarang sofia senang nak tido..alhamdulillah, jika diizikan ALLAH swt, sofia akan bermimpikan suami sofia..mungkin juga tu yang buat sofia senang nak lelap..Tapi, sofia tak macam dulu..terlalu berharap untuk berjumpa suami..cuma sebelum tido, sofia berdoa, Ya ALLAH jika engkau izinkan, temukanlah aku dengan suamiku di dalam mimpi..jika tanpa keizinanMU, aku redha..engkaulah yang lebih mengetahui segalanya..


    Hanya melalui mimpi, sofia dapat lihat suami sofia seperti biasa..jika sebelum raya dulu, sofia ada mimpikan suami sofia bawa sofia jalan-jalan kat kedai-kedai baju..macam tahun-tahun sebelum ni, kami buat preparation raya masing-masing bersama..untuk beli baju, kami akan pergi bersama..sofia akan pilih baju yang suami sofia berkenan dan begitu juga suami sofia..semua baju sofia, suami sofia tahu..tu yang kalo pegi keje, dia akan tanya, arinih pakai baju mana...



    Tapi, lepas kahwin, jarang dia tanya..sebab dia yang tentukan sofia baju mana untuk seminggu..tapi tak delah dia paksa pakai baju yang ini ke yang itu..dia tanya sofia juga..pakai baju biru ni lah esok ea..lama tak pakai..macam tuh la ayat dia..dia tak pernah memaksa..

    Ya ALLAH, bila ingat balik kenangan pasal pilih baju untuk pergi kerja ni...kenangan tu sangat seronok...indah sangat suasana time tuh..sofia rindu sangat dengan suasana tu..tapi, sofia tetap bersyukur..ALLAH swt telah meminjamkan seorang suami yang sangat baik dan penyayang kepada sofia..dia sentiasa bersama sofia saat sofia senang atau susah..

    Malam tadi sofia mimpikan suami sofia lagi..kali nih kami tidak berjumpa faca-to-face..tapi kami bermain SMS..sofia SMS kat suami cakap yang lepas ni terpaksa jarang la SMS abang..call abang..tapi lama sangat..lepas tuh baru dia balas...dia cakap, dia tak nak..dia tak nak berjauhan dengan sofia..dia tak boleh berjauhan dengan sofia..



    Ye, dari dulu lagi..sofia tahu..suami sofia memang tak boleh berenggang SMS atau call..dari awal kitorang kenal sampai lah ke akhir hayatnya..even di saat akhirnya dia jarang call dan SMS dia pendek-pendek je..tapi dia akan tetap SMS..memang terasa lain bile dia SMS kite pendek-pendek..tapi apakan daya, sekurang-kurangnya dia SMS berbanding sekarang hp sofia seolah-olah tak bernyawa langsung...senyap je...

    Walau hanya sofia dapat berjumpa dan berbual dengan suami dalam mimpi..sofia dah rasa cukup bersyukur..amat-amat bersyukur dan berterima kasih kepada ALLAH swt kerana izinkan kami bertemu..tiada apa yang akan terjadi jika tanpa keizinan dari ALLAH swt..

    1 comments:

    [sutera kasih] said...

    DIA sentiasa mendengar doa kita..terima kasih Ya Allah kerana memberi ketabahan kepada kak sofia..