Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Perpindahan

  • Tuesday, September 13, 2011
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , , , ,
  • Assalamualaikum..


    Semalam sofia dah mula kat tempat keja baru dah kat ANM..bermula segala yang baru..dan env juga beza..amat beza jugaklah..dari segi keja jugak..awal-awal lagi time lapor diri..Timbalan sofia dah bagitau..sofia akan handle sistem accounting..so..ada potensi struggle la hingga malam..hurmm time keje swasta dulu pun ada penah jugak kena ngadap keje sampai malam..

    Tapi dulu kita kena bahagi masa jugak untuk teman hidup..tapi sekarang, sofia letakkan 100% hidup sofia untuk ALLAH swt, kerja dan family..tapi bila dah hari keje kire macam 100% la jugak..lagipun kerja amanah..so, kene buat lah betul-betul..

    Cuma, dulu bila stress ngadap coding bagai..sofia akan call suami untuk release tension..memang hanya dengan suami sofia sahaja stress sofia akan lega..even tak lah secara berhadapan..cukup melalui telefon..kata semangat yang selalu diberikan cukup buat sofia kurang rasa stress tuh..

    Tapi, sekarang nih sofia tak tahu lah macam mana nanti..memang tak nampak bayang macam mana nak berhadapan dengan keadaan..dari time lapor diri lagi sofia memikirkan macam mana sofia nak ngadap tanpa suami nihhhh...

    Nak tak nak..inilah takdir yang ditentukan ALLAH swt buat sofia..sesungguhnya, sofia redha dan terima segala yang ditentukan oleh ALLAH swt..bila terlalu teringat sangat kepada suami..sofia fikir yang sofia juga hamba ALLAH swt..dan ALLAH swt juga akan jemput sofia untuk bertemu dengan-NYA..

    Ya ALLAH...sesungguhnya aku amat merinduiMU dan suamiku ya ALLAH..tolonglah hambaMU ini YA Rahman Ya Rahim..tempatkanlah aku sentiasa di sisi suamiku Mohd Syukri Hj Ahmad

    2 comments:

    JiLL said...

    takpe sop. kami yg lain ada. no worries. kami boleh je tolong bantu ringankan apa2 yg boleh diringankan.

    [sutera kasih] said...

    luahkan di sini kak..kami mendengarnya..