Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Mutiara

  • Monday, September 19, 2011
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , ,
  • Assalamualaikum..


    KEKUATAN DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH KENAL ERTI KALAH 


    Jumaat lepas, sofia tengok drama Tahajjud Cinta..terus lekat sofia dengan words nih..bila tengok drama-drama nih..buat sofia terfikir yang setiap hamba ALLAH swt sentiasa diuji..dan ia buat sofia sedar yang kita adalah hak mutlak ALLAH swt..oleh itu, kita berhak diuji dan dilakukan apa sahaja..ini kerana kita adalah hambaNYA yang amat lemah..

    Tetapi, ALLAH swt Maha Adil dan Maha Penyayang..ALLAH swt tidak akan seksa hamba-hambaNYA..setiap apa yang diuji, ALLAH swt pasti akan memberikan balasan yang tidak akan sangka..

    Sofia inginkan kebahagiaan yang kekal abadi..memang setiap kali doa dari sebelum kahwin hinggalah setelah menjadi isteri..jadi, mungkin apa yang berlaku pada sofia sekarang nih, adalah jawapan kepada apa yang telah sofia mohon kepada ALLAH swt selama ini..

    Ya ALLAH..aku hanyalah hambaMU yang lemah dan hina..aku terima segala ketentuan qada' dan qadar yang telah engkau tetapkan untukku..namun, aku bermohon kepadaMU ya ALLAH..temukanlah kembali dan satukanlah kembali aku dengan suamiku Mohd Syukri Bin Hj Ahmad di akhirat nanti di syurga MU ya ALLAH..agar aku dan suamiku dapat rasai kembali kebahagiaan suami isteri yang tidak sempat kami rasai di dunia ini..


    Aminn~~