Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Kisah Hati

  • Monday, September 5, 2011
  • Isteri kepada Suami
  • Labels: , ,
  • Assalamualaikum...

    Dah seminggu dah umat Islam menyambut bulan Syawal dan bagi sofia, dah 67 hari sofia terpisah dengan suami tersayang..kadang-kadang sofia ada juga bermimpikan suami sofia..dan yang latest malam tadi..sofia mimpikan suami sofia yang beriya-iya nak hantar sofia pergi Umrah..dan jantung sofia time tuh laju sangat..seolah-olah ianya realiti..

    Bahagia dapat tengok muka suami even dalam mimpi..

    Raya tahun nih, suami sofia dah bagitau awal-awal tahun nih raya di rumah dia dahulu..Jadi, lepas family sofia bergerak ke rumah atuk, adik-adik sofia hantar sofia ke rumah mertua sofia..apa jua pesanan suami sofia sebelum ni, memang sofia akan laksanakan..termasuklah segala tunjuk ajar dia sebab dia seorang suami yang tak pernah putus asa mendidik sofia menuju ke jalan Allah..


    Sofia ada terbaca, akan lengkap iman seorang lelaki itu apabila ia memiliki seorang isteri yang solehah..jadi, memang sofia dah tekad akan menjadi isteri solehah buat suami sofia selepas bergelar isteri..sofia tak mahu, iman suami sofia tak lengkap hanya kerana sikap isterinya..

    Hari terakhir puasa pula, sofia buka puasa dengan keluarga suami sofia..meriah sangat..dengan gelagat anak-anak sedara semua..seronok..cuma kadang kala tersentuh juga hati melihat masing-masing layan anak masing-masing, suami masing-masing..

    Mungkin sofia tak dapat rasa perasaan sebagai seorang isteri yang sepenuhnya dan seorang umi sekarang ini, insya-allah, mana tahu, di alam yang kekal abadi, sofia dapat rasai perasaan ini bersama suami sofia yang tersayang..Sesungguhnya, hanya ALLAH swt yang maha mengetahui segalanya..

    Tengah siap-siapkan juadah buka puasa hari last puasa tu, kak Uda ada cakap pasal lagu Kisah Hati yang Alyah nyanyikan..liriknya penuh makna..mula-mula sofia tak amik berat sangat pasal lagu-lagu ni sejak suami sofia dah tiada ni, untuk dengar lagu-lagu cinta memang sofia elakkan..sofia takut nak dengar lirik-lirik yang akan menyentuh hati ni..

    Tapi lepas kak Uda beritahu, terus sofia dengar lagu tuh betul-betul dan baru sofia tahu, lagu tuh liriknya memang bermakna...ianya seolah-olah seperti kisah hidup sofia sendiri..pulak tuh, video clip lagu nih, ada Remy Ishak..lagi la buat sofia terbayang kepada suami sofia..sebab kalau suami sofia pakai spec, pada sofia ada iras wajah Remy..tuh pada mata sofia la..pada mata orang lain sofia tak sure..tapi suami sofia tak suka guna spec sebab dia cakap nampak tua..

    Tapi, sofia sempat amik gambar dia pakai spec..sofia dah jadikan wallpaper hp sofia..dan ianya akan tersimpan sebagai kenangan buat selamanya..

    3 comments:

    syazana said...

    Selamat hari raya sofia.May Allah give u more than before.Syaz pun terpanggil untuk menjadi isteri yang solehah dan penyejuk hati suami.Semoga Allah temukan kalian di sana kelak.

    Isteri kepada Suami said...

    syazana : selamat hari raya..terima kasih byk syaz..insya-allah, sofia doakan syaz menjadi isteri solehah dan semoga semua wanita yang telah berkahwin menjadi isteri yang solehah buat suaminya..

    [sutera kasih] said...

    lagu ni penuh bermakna..bila dengar lagu ni, terbayang kisah akak..sayu hati..

    selamat hari raya kak sofia..